:: kELaTe pOn BoLe.. ::

Kelantan, Negeri Serambi Mekah

cuti raya haji kali ni agak best, aku lari balik beraya kat kelantan.. member2 kat high court, chief, CC, dan akak2 kerani sme percaya dengan MC tipu yang diberikan olehku.. hahaha.. kaum hawa memang mudah diperdaya.. budus.. haha.. okeh2, kembali kepada tajuk asal, aku balik beraya kat kelantan for the first time in my life. sebab selama ni aku beraya kat kampung lagi satu je. kata orang, kat kelantan ni.. diorang raya haji lagi meriah berbanding raya aidilfitri... bole la tu labu.. ok la jugak..

sehari sebelum raya, pegi jejalan, melawat runtuhan rumah lama kat area Telipot.. kesian... rumah tu dah macam rumah hantu, bersepah2 sampah, tercabut sana sini.. besi2 semua dah hilang dicuri mat ganja sialan.. tapi lantaklah. aku peduli apa lagi, rumah tu dah bukan milik aku. yang penting, memori bersama rumah tu aku takkan lupa sampai bila-bila.. caiyo..

blah dari rumah lama. pegi workshop, tempat abah aku antar kereta Volvo dia yang eksiden 4 tahun dulu.. sampai sekarang tak siap2 repair lagi. macam2 alasan yang dia dah bagi. last2, aku bagi pihak abah aku pegi kawtim dengan bos dia kat ofis. sembang punya sembang, dia mau beli bangkai kereta tu. dapat la dalam 8 riban lebey... bole la tu labi... daripada dok tunggu kucing bertanduk, daripada dok tunggu bulan jatuh ke riba, daripada dok tunggu kaum hawa jadi jujur, baik jual ju kereta tu.. betul tak?

cukup2... blah pegi jejalan ke pantai cahaya bulan, PCB. pantai dah kaw2 nye terhakis. dah tak lawa cam dulu. lepak-lepak jap makan seafood ngan balun air kelapa fresh, pastu chow.. ombak kuat sangat. kitorang takut silap haribulan, datang tsunami ke, tsumawi ke.. tak ke mampos katak.. chow3...



last skali pegi lepak shopping2. dah macam pelancong luar la plak aku ni. bukannya tak biasa pegi tempat2 shopping kat sana. kalau orang2 yang melancong ke kelantan, memang diorang fikir nak shopping je sebab barang murah. tapi bagi aku, datang balik tempat2 camni sebab rindu... lama sangat dah tak balik kelantan.. walaupun belum sampai setahun aku berpindah ke Alor Setar. apa2 pun, aku tetap salute negeri yang satu ni. jangan pandang rendah.. aku lagi respect orang kelantan berbanding negeri2 lain.. nak tau kenapa, kena la duduk sini barang setahun dua baru tau.. cerita ngan air liur je tak best. hahaha...

No comments: