:: AnTaRa BiNtAnG dAn BuLaN ::

Antara bintang dan bulan.. bulan ade sebijik, tapi bintang ada riban2.. bulan diibaratkan seorang gadis dan bintang2 pula merupakan sahabat setia poet yg bwat poem kt bwh ni.. mengisahkan seorang mangkuk yg dulunya terlalu asyik dilamun cinta dgn seorang gadis sehingga melupakan sahabat2 beliau.. setelah dia sedar yg cinta itu dusta, tipu, bohong, jijik, keji, hina dll,, baru la dia perasan sesungguhnya kawan2 dia masih lagi kekal bersamanya, walaupun pada suatu ketika dulu dia sediri yg membelakangkan rakan2nya itu..

enjoy~ =]..



:: Finally, the Stars ::

She's like the moon, brighten up my life
but its shine sometimes declines
When I look up into the sky
i forget those who are here with me all the time

Those are my loyal friends,
Just like the stars up high..
Though the moon light is now dimmed,
The starlights remain untrimmed..

When the moon's gone
Then only i realized that I'm not alone

I still got the stars

Though their shine is not as bright as the moon,
But they are still here with me..
When im happy..
Even when im doomed..



~adam celak~

:: TaNGaN dAn KeLuArGa ::

Meh sini meh.. nak bercerita tentang tangan.. cam biase, orang normal ada 2 tangan,, dan setiap tangan ada 5 jari. Jom tengok cane aku kaitkan hubungan antara tangan dan keluarga.. =]..




TANGAN: Mewakili sebuah keluarga bahagia.

IBU JARI: mewakili "mama".. dengan ibu jari kita bole buat mcm2.. contohnya, time makan.. bayangkan kalau ibu jari takde, camne nak makan? (org melayu typical sme makan pakai tangan, bukan sudu!) begitulah juga peranan mama dalam keluarga.. tanpa mama, semua orang terkontang-kanting tanpa arah!! agak2 betul x?

JARI TELUNJUK: mewakili "papa".. jari telunjuk ni obviously mewakili orang yg hanya tau menunjuk (mengarah) je. bila mama dah takde, papa jadi hilang arah tak ketahuan, nak jaga family sorang2 tak mampu, dia hanya tau mengarah je anak2 bertiga tu. nampaknya, kehilangan mama dalam family mampu menghancurkan sesebuah keluarga kalau si papa tu cepat down.. kan? kan?

JARI TENGAH: mewakili "anak sulung". kita anggap la seorang lelaki. cuba angkat jari tengah kat dpn mak bapak, agak2 korang kena balun x? camtu la sekarang.. ANAK SULUNG YG REBEL! mama takde, papa asyik menunjuk je, bukan nak membimbing.. apa lagi, angkat middle finger kat si papa, pastu blah la! fuh.. mama takde, pastu papa bwk masalah, si anak sulung plak buat hal.. bole nampak da skang kan situasi sekarang..

JARI MANIS: mewakili "anak kedua". kali ni kita bagi wakil anak pompuan la plak. Since keluarga dah hancur berai, tak tau nak buat apa, so.. the best thing to do is kawin la!! tunggu pe lagi? nama pun jari manis, jari yg disarungkan cincin masa menikah.. dah kawin, lari ikut suami la, pegi mampos sama itu family. apa nak jadi, jadi la.. nasik dah jadi bubur. kalo kawin pastu lari dengan suami, bole start a new life katanya, bole "masak" nasik lagi skali...

ANAK JARI: mewakili "adik bongsu".. tak kesah la laki ke pompuan kan.. kesian die.. bila keluarga dah bercerai-berai, dia tak tau nak buat apa.. blurr je manjang. kecik2 dah hilang sumber kasih sayang. apa yang akan jadi dengan dia? hanya tuhan yang tahu.. semuanya berpunca jika tunggak keluarga sendiri yang mencetuskan keadaan ini..

PENUTUP: Apa yang aku nak sampaikan kat sini bukannye apa, cuma.. jagalah hubungan kekeluargaan kita sampai bila2. sayangilah mereka seolah2 hari ni merupakan hari terakhir korang menatap wajah diorang. lagi satu, aku sendiri rasa ada kebenarannya dalam segala-bala andaian kat atas nie, dan aku cuba buat korang berfikir tentang keadaan di atas.. kalau rasa cam x betul, bagitau la ye? Lg skali aku cakap, FIKIRKAN...

:: SaMpAi BiLa? ::

masa aku kecik2, aku ade tanya mama aku, "mama, geli la tengok orang laki pompuan berkepit2" (time tu aku baru darjah 3) pastu aku ditegur dengan penuh perasaan, "ko tu, baru sekolah rendah, takyah nak menggatal cam diorang".. so, sejak hari tu, aku paham la kan. takpe2, peringatan awal. mungkin semua mak bapak memang camtu, nak anak diorang berjaya dlu kan? kalo kecik2 lagi dah menggatal mencapub tak tentu hala, kang merapu2 plak jadinya da besar kang..

then, mulalah zaman sekolah menengah, ade budak pompuan sorang nie minat kat aku.. satu tusyen la kan. aku pun nyaris2 bercintan monyet ngan minah tu. NAMUN BEGITU, mama aku dapat tau, so kantoi sket kat situ.. ape yg die cakap? ko takyah layan pompuan camtu!! gedik!! kecik2 lagi dah gatei nak cari laki.. ko tu SPM pon tak lepas lagi!! pergh.. okay2.. betul ape die cakap. so, tym tu aku struggle lah dengan study dengan harapan, kalo aku cemerlang sok2, bole la kot aku nak mula mengkapelkan diri..

erm.. result spm aku takyah cakapla kan, agak gemilang gak.. aku pegi cari balik minah tu, sedar2 dah ade jantan laen plak la dengan dia. What the Fishh??!! frust nonggeng gak tym tu.. aku ckp kat mama aku.. ko taw ape die balas balik? "adam.. kan mama cakap, lantak la orang camtu, belajar rajin2 dulu.. nanti kat Universiti (DIULANG,, UNIVERSITI) nanti ramai lagi gadis lawa2.. tym tu ko pilih la yg mana satu berkenan, mama tak halang (DIULANG, MAMA TAK HALANG)" erm.. btul2, kat skolah ape de sgt.. kat U ramai lagi kot?? =]..

pejam celik pejam celik, sampai la aku kat uitm ni.. law student!! waah.. bangga nieh. naik sket market value aku dikalangan gadis. hehehe.. nak dijadikan cerita, satu hari tu parents aku datang rumah aku kat shah alam ni.. ape diorang nampak? gambar aku bersama scandal aku kat sini. aku pulak sengal lupa nak buang gambar tu dari atas akuarium.. cuba teka ape diorang kata? "abang adam perasan tak, kan mama dah cakap dulu, belajar bagi habis dulu. bawak balik segulung ijazah, time tu kompem semua pompuan cair tengok".. maknanya, kalo takat masuk U tapi tak grad, tak guna gak ye tak? btul2..

jalan cerita sampai situ je,. tapi aku bole "foresee" mende2 akan datang.. contoh die cam nie la.. kang da grad kang, kalo aku menggatal, mungkin diorang akan keluarkan statement camni plak, "cari kerja dulu, kalo ko nak kapel2 time ni pun, ko nak bawak anak orang kehulu kehilir pakai duit aku ke?!" camtu la lebih kurang.. maknanya aku kena ada kerja tetap dulu la kot.. okayh2.. aku kan seorang yang sentiasa mendengar kata ibu bapa.. kayh2..

kalo dah keje? "abang, bawak2 la sabar sket lagi bole x? biar ada kereta dulu.. ada rumah dulu.. ada duit simpanan dulu.. baru la cari calon" betui2.. kang aku nak bagi anak orang makan ape? makan angin bole la kot? kalo betul ape yg aku rasa nie, kompem2 la aku kena kumpul duit dlu, beli kete dlu, bli umah dlu.. baru cari awek, ye tak? ada kebenarannya.. time tu kang baru la secure sket kan? kan?

ok ok.. kata la dah sampai level aku dah berumah, berkereta, berduit, etc2.. agak2 korang apa diorang akan tanya aku tym tu? ini skrip yg aku selalu dengar dalam drama2 tv1 yg typical gle tu.. "ko nie bila la nak kawin? aku dah tak sabar nak timang cucu dah nie." hehehe.. agak2 diorang akan tanya camtu tak? sekarang bayangkan kalo tym tu aku dah umur dalam 40-an.. dan baru dapat "greenlight" untuk cari calon menantu.. agak2 laku lagi tak aku tym tu? cuba la bayangkan... diulang, BAYANGKAN...

:: adam celak ""

:: UnBeLurVeAbLe ::




well, setelah sekian lama aku membujangkan diri dari dunia cyber, skang aku nak start balik berjinak2 dgn blog!! dedulunye blog bole la korang lupakan (buat sape yg pnah tengok) sbb tu blog zaman kanak2 aku.. so skang, diharap sape yg rajin meloloskan diri ke blog aku ni, rajin2 kan lah jari tu klik masok cni.. wah3~

intro kepada blog aku.. kenapa aku bagi title sedemikian? buat saudara2 dan sedari2 yg dah lama mengenali diri aku, korang sme mesti da lebih dari tau.. sesungguhnya aku ni memang "tak boleh dicintai".. sebab tu aku letak "unbelurveable" (un-be-love-able) hehee. tak wujud pun such word aku rasa, cuma ada dalam vocab idup aku je..

aku tataw lagi nak letak pe dlm nie, tapi mungkin aku tak letak la posting2 yg hangat2 cam bab politik ke, hape ke, harge minyak yg naik turun ke, kayh? yg pasti kalo korang nak sumber inspirasi dalam dunia kejiwangan, kompem banyak la yang aku letak kat sini nanti.. hahaha~ aite2, papehal bole kontek aku kat adam.axn@gmail.com

:: adam celak ::