first impression, itu yg orang cakap salah satu element penting dalam menjalinkan hubungan.. kata orang, kalau kita nk approach memana gadis/jejaka yg diminati, pastikan die nye first impression terhadap kita tu memang tip-top! kalo boleh, memang nk tonjolkan diri pada tahap terbaek walaupun hari-hari selekeh even pegi klas. tapi bagi aku bagus la kalau kita nk tunjukkan kat org sesungguhnya kite nie bukan golongan picisan yg memang org tak pandang..
kat sini, aku nk discuss pasal "true colour" seseorang atau kot bahasa kite panggil sifat sebenar dari segi peribadi.. aku nak start dengan lelaki.. lelaki kebanyakkannya tak jujur masa first time dia tegur seseorang gadis yang dia minat. harus lah kan? org yg hari2 selekeh tetiba pakai kacak2 semata-mata nak tegur sorang gadis yang dia minat kat law fac tue... tu contoh yg paling mudah la, taknak la aku cakap sapa, tapi benda tu realiti... bagi aku, itu bukan hipokrit, dah dia minat kat minah tu, mesti la bagi first impression yg terbaek seperti mana yg aku cakap tadi kan?
masalah dengan lelaki, diorang selalu simpan sifat diri sebenar tu sepanjang mana diorang boleh... selagi diorang bersama dengan gadis yang diorang minat tu. itu yang buat golongan kaum hawa bengang ngan spesis jantan sebab suka menyembunyikan sifat sebenar diorang.. contohnya, ada sorang mamat tu dia ckp dia budak baek, tak minum, tak clubbing, tak maen pompuan kat sorang gadis yg die minat.. dah couple berbulan2 (dkt setahun) alih2 clash sebab pompuan tu dpt tau true colour mamat tu.. ntah cane sape ntah cite kat minah tu kan.. MASALAHnya kat sini, guys tends to keep it as long as they can...
pompuan pulak, lain, masa dia tegur lelaki yg dia minat, nampak baik gila babi, babi pun tak gila baik cam dia.. tapi tak sampai sebulan , si jejaka ni dah boleh nampak yg sebenarnya gadis tu takde la sebaik mana seperti time diorang mula-mula kenal dulu.. bagus gile gadis2 spesis camni kan? kalo diorang tunjukkan sifat "termulia" diorang awal2 lagi in relationship, mudah cite, trus clash.. takde la macam lelaki yg kalo boleh nak simpan sampai mati... tak ke lagi merana..
"relationship is like putting your foot in a wet cement, the longer you stay, the harder it is for you to leave"
kata2 kat atas ni yang buat aku nampak sudut positif kaum hawa berbanding kaum aku.. NAMUN BEGITU, aku tak rasa yang lelaki sengaja buat benda2 macam kat atas tu.. aku ada satu sebab kukuh kenapa lelaki wat camtu.. aku tanak amik contoh yang jauh2, diri sendiri pun dah cukup.. masa aku skandal ngan sorang gadis dulu, aku gile pulun pakai kacak2.. yg penting, aku buat satu penipuan besar.. aku cakap kat kat dia yg aku tak "smoke" walaupun in fact aku dah start merokok time tu.. aku buat camtu sebab sejak awal2 lagi aku dah tau dia tak minat orang yg smoke..
PENTING kat sini nak bagitau korang, sejak dari saat tu, MEMANG aku quit!! tak tipu, berani kerat jari la wei, sepanjang aku kenal dia, memang aku tak sentuh walau sebatang rokok,, member2 terdekat aku pun jadi pelik ngan perangai aku ni.. BETUL, aku menyembunyikan sifat sebenar aku.. dan pada masa yang sama, aku cuba untuk terus mengubah diri aku.. sebab aku rasa dengan kehadiran dia dalam hidup, aku dah tak perlukan lagi rokok untuk mententeramkan jiwa (kononnya lah kan).. aku hipokrit? tak jujur? khianat dalam hubungan? YES... tepat sekali.. tapi tengok jugak sebab apa kan..
last2, minah tu couple dengan sorang perokok.. sekarang sapa yang khianat?? tahniah untuk diriku yang tak berlaku jujur dengan dia selama ni... hehehe.. that's not the point, aku cuma nak bagitau, lelaki sembunyikan sifat sebenar diorang sebab diorang ada sebab2 yang munasabah... TAK MACAM PEREMPUAN... so, untuk korang yg membaca atau terbaca mendalah ni, fikir-fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment