:: aNtaRa AnJiNg dAn KuCiNg ::


sorang kawan aku baru bela kucing... manje gile2, dgn sme orang pun die manje.. tetiba terlintas di fikaran aku, "kan best kalo aku ade awek yang manja sebijik cam kucing member aku ni?" lantas aku bertanya member aku, best tak kalo ada awek yang manja cam kucing? obviously, ramai yang akan menjawab "YA" kepada pertanyaan aku tadi.. tapi, pada masa yang sama, terlintas plak kat fikiran aku sesungguhnya orang mengaitkan golongan wanita2 jahat sebagai "bitch" atau dalam BMnya anjing betina. kalau ramai lelaki tak suka golongan BITCH nie, dah tentu sekali diorang mencari gadis yang sepertimana kucing yang aku baru sebut ni.. kan?

bila sebut pasal "bitch", orang akan bercerita pasal seorang gadis liar yang tak boleh dikontrol oleh kaum lelaki, kesana sini tak tentu hala dengan lelaki2 yang ntah kemana-mana hala.. tambah plak kalo tanya member2 yang baru clash, komfem diorang membahaskan ex2 diorang tu sebagai "bitch" yang tak bole dibuat pasangan hidup. HARAP MAKLUM, aku bukan nak memburuk2kan kaum perempuan, hanya mereka yang makan cili akan terasa pedasnya, kan? so yang rasa diri mereka tu cukup adat melayu tata tertib dan sebagainya tu, anggap la ini pandangan ikhlas daripada reseach aku yea?

bukannya aku seorang yang pathetic atau sarcastic atau ape2 jelah yang orang panggil, namun aku kat sini nak compare antara kucing comel dan bitch di atas. Sebab apa? sebabnya aku rasa dalam mencari teman hidup, lelaki tak sepatutnya mencari gadis yang bersifat seperti kucing tetapi BITCH...


firstly, meh aku describe seekor kucing.. comel, cantik, manja, seronok dibelai, menyondol2 dan laen2 lagi.. kucing juga adalah makhluk yang agak sengal bagi aku.. sebab, dengan sapa2 pun dia manja. kalau aku yang gosok, dia manja dengan aku, kalau jantan lain yang gosok, dia manja dgn jantan lain.. bayangkan kalau gadis impian ko tu bersifat kucing yang comel nie.. tak ke bengang? dengan mana-mana jantan pun dia boleh bermanja dibelai dll.. tu kalau kucing, kalau spesis manusia ni, bukan takat manja ngan belai, perkara2 lain tu korang boleh fikir sendiri, tanak aku cerita benda2 lucah kat sini... so, nak ke korang berawekkan golongan macam nie??

then, kita ambik contoh bitch tadi plak.. katakan korang jumpa sekor anjing kurap betina kat tepi jalan, tak bertuan... lalu ko kutip, bawak balik, basuh, bagi mandi, dobi dan sebagainya.. letak dia kat dalam pondok hanjeng kat luar rumah, kompem2 dia sayang gile kat ko.. ye lah, dah la tak mendapat belaian kasih sayang selama nie, tetiba ada orang amik bela.. maunya tak terhutang budi sampai mati dengan korang yang jadik tuan dia nie.. kalau ada orang lain yang cuba2 nak ber"manja" ngan bitch tadi, dah sah2 la kena giget!! hape? ko ingat anjing senang2 nak suka kat orang lain? so sekarang, korang dah nampak kan? yang "bitch" ni tak mungkin akan suka dibelai2 oleh orang yg selain daripada "tuan punya" sendiri.. compare dengan seorang gadis, tentu sifat macam ni yang korang cari2, betul tak?



aku bagi lagi satu contoh.. pernah ke korang tengok orang tambat kucing dengan rantai, pastu ikat kat tiang mana2 supaya dia tak lari? TAK ADA DAN TAK WUJUD golongan orang macam tu, melainkan dia memang spesis manusia yang takde peri kemanusiaan.. apa yang aku cuba sampaikan kat sini ialah, kalau seorang gadis tu tak boleh nak menunjukkan taat setia dia kat korang, korang agak boleh bertahan ke hubungan yang tak tentu lagi tu? bukannya maksud aku nak korang rantaikan awek2 korang tu, cuma "chained" in term of relationship... geng2 yg dah kapel tu paham la maksud "chained" nie...

bitch... dah sah2 anjing adalah golongan yang dirantai sepanjang masa. rantai bukan tak nak bagi lari, tapi rantai sebab dia mungkin kejar orang2 tak dikenali tak tentu hala.. ambik sifat tu letak kat sorang gadis.. kalau korang boleh "merantai" gadis tu, tandanya ikatan korang mungkin akan berkekalan sampai bila2.. at least sampai ikatan tu bertukar jadi ikatan pertunangan ke, pernikahan ke, which means terjamin la hubungan korang tu.. bukannya ada relationship tapi si gadis tu tak suka diawasi oleh balak dia, kononnya "dikongkong" whatsoever. then macam mana korang bole cakap yang korang akan kekal dengan awek2 macam tu?


itu baru sikit daripada yang dapat aku fikirkan time aku pegang kucing kesayangan member aku tu.. bukan apa, dengan 2 sifat kucing dan bitch ni pun, aku rasa dah cukup untuk menggambarkan bahawa adalah lebih baik memilih seorang gadis "bitchy" daripada yang manja2 kucing mintak disontot.. kalau korang rasa aku salah, harap betulkan... aku cuma memberikan pandangan... renung-renungkan...

No comments: