:: BeRaDa dLm KaSuTkU ::

Reactions: 
Aku tak dapat sambung LLB.
Aku kena apply balik semester depan.
Aku kena kerja sambilan dulu, sebab requirement untuk mintak balik LLB..

AKU BENGANG,
bila budak2 @ kawan2 aku yang dapat sambung LLB,
keluarkan statement2 yang biadap.

"alaaa... nak kena punch card pukul lapan pagi"

"adoii, hari-hari bangun awal, pastu kelas sampai malam"

"ish... menyesalnye masuk LLB, letih gila babi"


dan yang paling best,

"aku ada nasihat kepada mereka yg x dpt LLB (kononnya cakap secara random), tak payah la nak sambung, payah gile, susah, letih, etc etc. kalau aku jadi diorang (kononnya x refer kepada aku) dah lama aku keje best2"


Diorang tak tau,
macam mana rasa hidup macam aku,
dan orang-orang yang sama nasib dengan aku
orang-orang yang menagih nak sambung belajar..

Diorang seolah2 menghina kami,
sebab diorang hina sesuatu yang kami kejar tapi tak dapat.
sesuatu yang amat bermakna bagi kami.

Diorang tak tau,
macam mana perasaan aku bila tak boleh sambung
macam mana perasaan mak bapak yang mcm give up dgn aku
macam mana perasaan bila kena bersusah payah cari kerja
macam mana perasaan bila diejek oleh kawan-kawan lain
macam mana perasaan bila senior2 tanya "ko sepatutnya LLB skang kan?"
macam mana perasaan malu yang ada dalam diri..

Semoga korang sedar dan menghargai,
Manusia cuma mula menghargai sesuatu bila kehilangannya disedari,
korang takkan hilang dah sesuatu tu,
ni cuma luahan hati,
insan yang terasa kehilangannya.....