:: CiNtA SeORaNg TeMaN ::

Ini ada satu cerita yg aku nak kongsi ngan semua pembaca. Aku ada sorang kawan, Farah (bukan nama sebenar). Farah berminat dengan seorang mamat, namanya Amir (juga bukan nama sebenar). Mereka dah berkawan dekat 4 tahun, tapi bukan sebagai couple, teman tapi mesra la lebih kurang. Dipendekkan cerita, setelah hubungan mereka semakin rapat, Farah jatuh cinta dgn si Amir, tapi Amir langsung takde sebarang perasaan terhadap Farah, cuma menganggapnya sebagai kawan, tak lebih dari itu. Kesian si Farah, cintanya selama ini rupanya bertepuk sebelah tangan..

Farah datang kepadaku, menceritakan masalahnya. Sebak juga aku mendengar cerita si Farah ni, kesian sungguh.. Dah bertahun-tahun barulah dia sedar yang si Amir ni cuma menjadikan dia tempat untuk bermanja, meluahkan masalah, dan macam-macam lagi... tapi bukan sebagai teman istimewa. Farah pulak dah kecewa semacam sebab dah banyak yang dia korbankan demi perhubungan mereka. Lagi satu masalah si Farah ni ialah, dia tak pernah pun bagitau kat si Amir yg dia sangat menyayanginya walaupun setelah 4 tahun berkawan.

Aku pun tak tau nak cakap macam mana kat si Farah, aku cuma suruh dia bawak bertenang. Bagi aku, cuma ada 2 cara je sekarang, 1-luahkan perasaan tu kat Amir, jelaskan segala-galanya, bagi semuanya clear. 2-back off, jauhkan diri dari hubungan yang belum tentu lagi kemana hala tujunya tu. Bagi aku, cara kedua tu adalah lebih baik. Sebab apa? Bayangkan kalau si Farah bagitau kat Amir yang sebenarnya dia betul2 minat kat Amir, dan confirm la si Amir tu terkejut beruk sebab dia cuma menganggap Farah tu sebagai KAWAN baik. Dan bila Farah luahkan perasaan dia, cuba bayangkan hubungan mereka selepas kejadian tu. Adakah Amir masih lagi boleh react seperti dulu? bila dia tau sebenarnya Farah suka kat dia? Aku rasa... tak mungkin.. Most probably, hubungan kawan baik tu pun mungkin hancur camtu je.

Seelok-eloknya, cara kedua. Farah mungkin tak dapat menerima kenyataan untuk merelakan cintanya pergi camtu je. Tapi, dengan cara ni saja lah yang boleh mengekalkan hubungan mereka sebagai kawan rapat. Setidak-tidaknya, mereka masih boleh berkawan seperti biasa, hang out seperti takde apa-apa yang berlaku.

Aku ada bagitau kat Farah, kalau boleh, cubalah jauhkan diri kau daripada mamat tu. Bukannya apa, selagi kau dok nampak muka dia, perasaan sayang tu boleh membuak kembali dalam hati. Kalau setiap hari Farah pupuk perasaan sayang yang dia ada kat Amir, silap hari bulan boleh meletup.. macam tayar yang dipam-pam. Kalau boleh, cuba sibukkan diri dengan aktiviti lain, supaya Farah tak fikir sangat tentang tu. Dan pada masa yang sama, Farah cuba mencari "Life" tanpa si Amir.

"Trying to forget someone you love is like, trying to remember someone you never met".. itulah kata-kata yang selalu aku pegang. Memang mustahil untuk dilupakan, tapi tak bermakna kita harus kekal begini. Aku tau, sangat susah bagi Farah untuk Melupakan Amir. Tambahan lagi hubungan diorang memang dah sangat lama. Aku cakap kat dia lagi, awal-awal memanglah sukar, tapi lama-lama, insyaallah lupa jugak..

Aku ada cerita kat si Farah tentang hubungan aku suatu masa dulu, dan cara untuk aku melupakan si dia ialah dengan menjauhkan diri aku dengannya. Aku tak SMS, tak Call, even tak bertegur kat YM.. Tapi kalau dia yg tegur aku, aku akan menyambutnya seperti biasa. Sebab, pada masa yang sama, aku taknak la dia ter"perasan" ada sesuatu yang berlaku. That's why aku bertindak sedemikian. Even kat kelas pun, aku masih melambaikan tangan bila dia menegur aku..

Salah aku kat situ ialah, aku tak betul-betul cuba menjauhkan diri dari si dia. setiap kali aku melihat dia tersenyum, semua memori yang pernah aku ada bersama dia kembali terngiang dalam ingatan. Sebab tu la aku ambil masa yang sangat lama untuk melupakan dia. Even sekarang pun, disudut hati kecik aku ni, masih ada perasaan cinta untuk dia.

Pesanan terakhir aku untuk Farah ialah, jangan jadi macam aku. When you think it is the best to let him go, just do it. Kan dah jadi macam iklan NIKE plak. hehehe.. Good Luck untuk Farah. Semoga suatu hari nanti kau akan jumpa jejaka yang lebih sesuai untukmu. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor, patah tumbuh, hilangkan berganti jua.. salam sayang buatmu.. =]..

-adam harris- @ 0540am 16/04/09

No comments: