Walaupun hidup aku masih lagi terumbang ambing dan tak tentu hala... tapi aku tak pernah lupa akan jasa seseorang yang sangat bermakna kepada diri aku. tanpa dia, mungkin aku takkan sampai.... atau aku memang takkan sampai ketahap ni. dari zaman kanak-kanak, sampai ke zaman sekolah, dan sekarang, alhamdulillah aku kini dah final year kat universiti. memang tak terkira banyaknya pengorbanan yang telah abah aku buat sepanjang aku hidup.. dari kecik lagi sampai sekarang, tak pernah putus kasih sayangnya kat aku..
kadang-kadang tu, aku ada rasa bersalah sebab sejak aku lahir lagi, memang aku banyak buat silap dengan dia. tak habis-habis buat hal, bergaduh kat sekolah, masuk bilik pengetua, dan macam-macam lagi. dari penggunaan pembaris, rotan, hinggalah ke tali pinggang... aku seolah-olah tak pernah serik dengan didikan yang abah aku bagi..
tapi tu semua masa aku masih lagi dizaman budak2.. tak boleh nak differentiate mana baik dan mana buruk. syukur kepada tuhan, kalau bukan didikan seperti ini, tak mungkin aku sampai ke universiti. ntah-ntah aku sekarang mungkin dok melepak kat lorong-lorong gelap sambil ambik ganja seperti mana beberapa orang rakan2 aku yang tak berapa nak menjadi. Insyaallah, suatu hari nanti, pasti aku akan balas jasa bukan saja abah, tapi mak juga sekali. pengorbanan merekan tak boleh dihitung dengan wang ringgit, tak ternilai dengan angka, tak terbalas dengan jasa..
Happy birthday buat abah tersayang, Tuan Zainun Hamzan bin Stapa.. 12 November 2008, maka genaplah umur abahku 51 tahun pada tarikh ini.. semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. ceria-cerialah selalu. dari anakmu, Adam Harris..
No comments:
Post a Comment