buZz!! ahaha.. jgn tersalah paham, title post kali ni takde kena mengena langsung dengan game race2 keta keluaran EA Sports tu. Tajuk kali ni ringkas je, "need for speed".. ape aku nk bercerita kali ni? buat pengetahuan semua, hidup aku semester ni agak super sibuk dengan assignment, test yg bersepah2, dan yg paling horror, project paper! sesapa yg sama batch dengan aku, part 5 law seharusnya menjadikan amalan memaki hamun research tersebut setiap hari... sampai lah tarikh dimana semua project2 paper tersebut perlu dihantar kepada supervisor masing2.
Aku sebenarnya, terus terang cakap... memang sangat enjoy buat mendealah ni.. tapi yang aku tak puas hati ialah, masa yang diperuntukkan sangat singkat... tambah pulak semester ni agak pendek dan semua kerja nak kena buat pantas.. dalam minggu ni saja aku dah mencatatkan rekod baru dalam sejarah hidup aku bilamana assignment Mr Nazim disiapkan dalam tempoh 2 jam sahaja.. hehe.. tapi aku berani cakap, kualiti BELAKANG KIRA!! yang penting siap!! bukan sebab aku malas atau apa2 alasan lain, cuma masa yang sangat2 singkat untuk kerja yang SANGAT2 BANYAK. memang tak tipu...
Lecturer plak, bukannya aku nak kutuk, cuma nak komen sikit pasal diorang.. Ada sesetengah lecturer yang memahami keadaan pelajar yang kesuntukan masa, so dikalangan diorang ada yang postpone test atau assignment sehingga minggu terakhir kuliah.. terima kasih kepada sapa yang terasa dia tergolong dalam kategori ni.. Tapi, kebanyakkan lecturer cuba mengetepikan alasan ni atas sebab kitorang ialah student, so, sebagai student, kitorang memang WAJIB ikut telunjuk setiap lecturer.. tak kira la tak cukup masa ke, nak siap cepat ke, apa ke.. yang penting, mengikut kehendak mereka. yang paling aku tak puas hati sekali, masih ada lecturer yang gila2 tak boleh "kautim" pasal "attendance". sampai ugut2 nak hantar nama naik ke lembaga pelajar. hello~~ aku ponteng kelas bukan sebab aku tak suka kelas ko, tapi sebab banyak kerja aku tertangguh sebab tak cukup masa. Tambah plak, supervisor aku yang memang nak kerja siap on time, walaupun hampir mustahil untuk menyiapkan kerja tersebut dalam tempoh masa yang diberikan..
Semalam, setelah berhempas pulas bersama rakan kongsi gelap aku, kitorang menghabiskan 11 jam all the way menyiapkan semua kerja yang ada. bayangkan dalam tempoh masa tu, kitorang sempat bekerjasama, lepas tu debate pasal opinion masing, lepas tu gaduh, lepas tu baik balik, lepas tu gelak sama, lepas tu debate balik, gaduh balik, baik balik.... see? tapi afterall, aku rasa pengalaman "pahit" ni akan jadi satu perkara yang mungkin akan aku ingat sampai mati. "student life" yang tak dapat dilupakan... yang tak ternilai dengan wang ringgit.
sekarang, aku sangat2 keletihan, EXHAUSTED dengan semua kerja yang dah disiapkan. tambah pulak lagi dengan abang kedai fotostat yang menghabiskan hampir 2 jam dari masa kitorang dengan membelek2 project paper yg tebal tu. lepas siap bind, hantar kat supervisor, maka kami pulang ke kandang masing2 pada pukul 7 mlm hari berikutnya.. hahaha~ "struggle" gila!! aku belum plan apa2 untuk dibuat esok. bukan nak kata yang aku ni dah mula ada kelapangan, tapi nak rehatkan otak sekejap... bermula selasa depan, ada lagi 2 test dan 1 assignment untuk dihantar.. bila ingat "need For Speed", aku cuma ingat satu benda je sekarang, semua kerja mesti disiapkan dengan PANTAS!! diulang, PANTAS!!!
kini adam mula menarik nafas lega~ fuuuh... =]..
No comments:
Post a Comment