:: JuMaAt Oh jUmAaT ::
Posted by
Adam Harris
Pejam celik pejam celik, dah masuk hujung bulan ramadhan. kejap sangat rasanya berpuasa tahun nie. mana taknya, hidup aku 3/4 dihabiskan buat assigntment dan test setiap mlm sampai subuh.. langsung tak sempat nak menghayati bulan mulia ni. Tarawikh pun tak berapa nk full tahun ni.. nak cerita pasal semayang jumaat yg cuma ada 4 kali je dlm ramadhan, tp overall aku nk memberi komen pasal sembahyang jumaat secara keseluruhannya, tak kesah la bulan pose ke, bkn bulan posa ke..
kalau nk diceritakan ,sampai abes subuh pun belum tentu aku abes cite pasal kategori2 makhluk allah yg wujud kat muka bumi ni. ok lah, secara AMnya, kita tau ada 2 golongan manusia dlm dunia ni, yang pertama, yang memang pegi semayang jumaat.. yang kategori lg satu ialah golongan yang langsung tak pegi semayang jumaat... okes, dpt x?
kite cite pasal kategori2 golongan yang pegi semayang jumaat ni dulu..
1. golongan yang tak pandai2 nak silentkan phone.. brader! paham2 la lu skang kat masjid, takkan tak bole silentkan untuk 20 minit tu? tak ke mengganggu orang laen yg nk beribadat? aku cakap ni bukan pe, ramai sgt yg phone tu berbunyi time tgh solat jumaat. come on la.. umur da panjang berjela, takkan tak reti pakai phone lagi kot? nak bagi alasan pe lagi? aku rasa takde satu pun alasan yg bole diterima kalau phone tu asyik berdering time semayang jumaat.. bak kata celcom, "tiada panggilan sepenting seruan ilahi"..
2. golongan yang pegi semayang jumaat, tapi... astaghfirullah.. rambut panjang berjela, serabut gile2, seluar koyak sana sini, bersubang, bertindik, rambut kaler pun ada gak? setau aku, bila dah kaler rambut tu, sah2 la sembayang tak diterima... ko nk semayang pe lagi camtu? aku bukan nk menjatuhkan org.. aku bukan nk cakap yg aku ni sempurna sgt, tapi kita hidup kat dunia ni kena la saling berteguran satu sama lain, kalo aku silap, tegur aku.. aku tak kisah..
3. golongan yang datang masjid last minit, cukup2 je org abes khutbah.. baru nk cecah kaki kat masjid. kekadang tu imam dah dekat2 nak rukuk baru die nak angkat takbir.
4. golongan yang datang awal gile, tapi... lepak2 kat pagar masjid, borak2 hal dunia, isap rokok tak hengat, gelak kuat2... tak respect langsung orang yg datang masjid nk solat jumaat..
5. golongan yang dah la datang lambat, balik dia la yg paling laju... kebanyakan student yg aku kenal, tergolong dlm spesis nie la... no doubt aku pun terasa aku termasuk dlm golongan ni.. tahniah kejap untuk aku..
6. last but not least, golongan yg tak pernah cukup solat 5 waktu, tapi tiap2 kali semayang jumaat, ada je muka die kat masjid... alhamdulillah.. "tak cukup 5 waktu sehari semalam, 4 kali seminggu pun jadi la ye x?"
jom cerita pasal golongan yang tak pegi semayang jumaat lak..
1. golongan yang dah la tak pegi semayang jumaat, tak hormat waktu plak tu.. asal orang bersiap nk gi masjid je, dia menghilang pegi tempat lain.. ni apa yg aku observe sendiri masa otw balik kampung dlu.. aku drive sepanjang hari dr pagi lagi, so memang dah sah2 aku jamakkan je solat aku haritu.. tapi apa yg aku nmpak, still ada golongan yg tak solat jumaat ni, bertebaran kat shopping2 complex dan tempat2 yg tak sepatut nya diorang berada time tu.. agak2 la kan, tak malu ke dgn bukan islam? kalo dah malas semayang jumaat tu... lepak rumah sudey!
2. golongan yg bodoh. dah tau member2 pegi semayang jumaat, TAK PAYAH LA CALL DIA!! bodoh tak kena tempat! tak pasal2 member yg tgh solat tu terganggu kejap dek phone yg asyik ringing kat dlm masjid. kalo tak pun, phone tu dok vibrate kat lam poket.. bongok pejadah la golongan yg macam ni.. sori ckp, tp memang tujuan aku nk menyedarkan golongan ni..
3. nk selit sikit untuk kaum hawa.. diorang pun sama gak. memang la takyah gi semayang jumaat. tapi, paham2 sket bole kot? si balak gi smayang, yg dia dok kalut mesej2 memanjang, takut sgt balak dia pegi tempat lain.. lagi sekali aku tekankan kt sini.. cuba la RESPECT!! tauke cina repair rumah aku pun tak minum dpn2 aku time bulan posa nie, dia lari masuk kereta kalo die dahaga... tengok?! ape korang dah rasa hebat sgt ke jadi islam walaupun x respect agama?!!
sebenarnya panjang bejela lagi aku nk bgtau... tp kang silap haribulan si ISA dtg umah plak, mana taknye, ramai je menteri2 fasola yg aku kenal dia tapi dia tak berapa mengenal tuhan..
apa2 pun, tahniah la aku ucapkan kepada mereka yg rajin pegi solat jumaat walaupun tergolong dalam kategori2 yg aku sebut kat atas tu. walaupun diorang lambat ke, pakaian tak senonoh ke, at least diorang sedar kewajipan tu harus ditunaikan.. aku pun takleh salahkan diorang datang lambat ke, pakaian tak kena ke.. mana la tau kan diorang tgh darurat ke ape ke yg buatkan diorang terpaksa pegi dgn keadaan camtu..
**kira ok la daripada golongan yg pakaian bersih, cantik, lawa, kacak, berseri2 macam baek tapi langsung tak jejak kaki kat masjid.. kan? kan?
aku taknak explain banyak, cukup la takat tu dulu. sekadar menyedarkan pembaca2 blog yang mungkin selama ni tak sedar akan perkara yg maybe ramai anggap kecik ni. aku bukan bertujuan nk point kat sapa2 yg aku kenal etc.. aku cerita ni pun secara rawak. perkara ni aku dah mula nampak sejak aku stay kat KL lagi. mungkin bulan2 posa ni kot yg buat aku terdetik untuk berkongsi ngan orang lain gak. cukup sekadar renungan semua. akhir kata, selamat menghabiskan puasa dan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin!
dari adam celak, unbelurveable 2008(c)..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment