Aku masih lagi belum nampak arah tuju kemana perginya hubungan ini..
Masa silam yang gelap telah dilalui, masa kini yang berkabus masih, masa depan yang belum pasti..
Ya-Rahman, Ya-Rahim...
Setelah sekian lamanya aku mengenali dirinya,
aku dapat lihat kelebihan yang ada padanya,
tak kurang juga dengan kelemahan dirinya,..
aku cuba untuk menerima kebenaran,
tetap kutelan walaupun pahit..
namun itulah realiti..
dirinya yang sebenar bukanlah dirinya yang aku kenali..
Ya Allah,
Jikalau sekalipun dia bukan ditakdirkan untukku,
aku masih ingin berdoa padaMu,
ubahlah hidupnya,
ubahlah dirinya menjadi insan yang diredhai olehmu..
ubahlah dirinya menjadi insan yang diingini olehmu..
jauhkanlah dirinya dari kemungkaran,
kerana jikalau sekalipun dia bukan untuku,
tetapi dia masih seorang kawan bagiku..
kawan yang telah bersama-sama denganku,
dikala senang dan susah,
dikala jatuh dan rebah..
Jikalau sekalipun dia bukan diciptakan untukku,
aku masih ingin berdoa padaMu,
ubahlah hidupnya,
temukanlah dia dengan insan yang benar2 boleh mengubahnya
yang boleh mendidiknya kearah yang diredhai olehmu..
Jikalau sekalipun dia bukan diciptakan untukku Ya Allah,
aku masih ingin berdoa padaMu,
bahagiakanlah hidupnya dengan insan yang dia cintai,
mungkin cukup bagiku,
walaupun cuma mencintainya dari jauh...
No comments:
Post a Comment