"kalau dah masuk skim cepat kaya or business tipu orang tu jangan la nak ajak orang lain pulak... baru kau tau susah nak cari orang bodoh sama macam kau kan? bagus! teruskanlah dengan lakonan "kekayaan" ko tu.. memang nampak bodoh dan menghiburkan semua kwn kau kt facebook ni.."
ermm.... bestnya dapat kutukan dan penghinaan macam ni. aku tau, dalam petikan kat atas tu, sikit pun takde mention nama aku. tapi aku pasti memang ditujukan kepada aku. "siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya."... yup, aku tak nafikan statement ni. aku terasa? macam mana plak aku boleh senang-senang je nak terasa? sebab, budak ni memang selalu sangat keluarkan statement2 yang "panas" kat facebook aku.. thanks. takdela panas sangat. cuma ayat2 yang digunakan untuk "silang" aku hidup-hidup ni, aku divertkan kearah yang positif.
"kita sentiasa berada di jalan yang betul apabila ramai kawan-kawan atau kenalan yang kutuk @ bangkang dengan apa yang kita buat"
SILA SETUJU dengan statement diatas. kenapa? seumur hidup aku, jarang sangat aku tengok kawan-kawan menegur kawan-kawan diorang bila ada yang nampak mereka minum arak, berpeluk-pelukan sesama bukan muhrim, masuk kelab, tinggal sembahyang, even ada yang "MAIN"..
tapi bila kawan2 nak sambung belajar ke,
"tak payahlah... baik ko kerja terus, boleh dapat duit"
bila kawan2 nak buat persatuan,
"ko ingat ramai ke yang nak join persatuan ko ni?"
bila kawan2 nak berniaga,
"perniagaan cam ni x laku dah, ko berenti je"
bila kawan2 nak belajar puasa,
"kalau dah seumur hidup x penah puasa, ko ingat senang-senang je ko boleh berubah?"
bila kawan2 nak berhenti merokok,
"bodoh.. dulu sapa suruh ko belajar??"
bila kawan2 nak berubah,
"tak mungkin ko boleh berubah.. dah lama aku kenal ko, dari dulu sampai sekarang, SAMA JE.."
Oleh itu, kalau anda fikir sesuatu yang anda lakukan tu adalah betul dan tak salah disisi undang-undang negara mahupun agama, maka teruskanlah. JIKA anda nak tahu sesuatu yang anda buat itu betul atau salah, maka "BERTANYALAH" kepada kenalan2 anda... aplikasikan statement2 contoh diatas. insyaallah anda pasti mendapat jawapannya.. =]