:: pOLiTik SkEt ::



saya merupakan penyokong UMNO semenjak dari bangku sekolah lagi.. Untuk pengetahuan Encik, saya sedang menuntut di salah sebuah IPTA terkemuka di Malaysia dalam jurusan pengajian undang-undang.. Saya tidak pernah meminta bantuan kerajaan untuk apa-apa pun...sekarang saya telah pun berada di tahun akhir... dan keluarga saya sudah tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan dan kos untuk saya menghabiskan pengajian...

saya pun meminta bantuan dengan Ahli Parlimen UMNO tempat saya yang memegang jawatan sebagai naib ketua pemuda UMNO Malaysia. tetapi permintaan saya tidak dilayan.. malah e-mail dan surat-surat yang telah saya hantarkan tidak berbalas...

adakah saya seorang yang bodoh untuk memilih UMNO sebagai pembela nasib anak bangsa, sedangkan saya yang menjadi penyokong setiapun tidak terbela nasibnya...
atau, mungkin telah tiba masanya saya untuk meminta bantuan kepada pihak atau parti lain yang dapat membantu saya...

dengan penyokong sendiri pun kebajikan terabai, bagaimanakah UMNO hendak meyakinkan kepada rakyat bahawa kebajikan mereka juga akan terjaga?

Yang Benar,
XXXXXXXXXXXXX,
XXXXXX@gmail.com


*petikan surat dari seorang penyokong kuat UMNO. maaf, namanya tak boleh dinyatakan disini, kerana anda mungkin mengenali beliau.. hehehe*