:: HiKmAh dIsEbALik SeGaLaNya ::




30 Jun 2009... Hari ni ialah hari terakhir dalam bulan ni.. dalam tempoh yang singkat ni, macam2 perkara telah dah jadi kat aku..

yang pertamanya, aku kehilangan Lucy, Ikan Arowana kesayangan aku.. sudah sekian lama aku bela.. dari kecik lagi.. memang perit untuk menerima kenyataan ni. sesungguhnya, ini cuma permulaan kepada peristiwa2 yang bakal berlaku seterusnya..

yang keduanya, aku gagal dalam satu subjek part 6, maka ini bermaksud aku kena re-sit paper dalam tempoh 2 minggu selepas result keluar.. tension gila ok?? orang lain tengah seronok2 cari baju baru utk LLB, aku struggle kt rumah sorang2 study..

yang ketiganya, aku dilayan macam anjing kurap setibanya aku di shah alam.. yang ni aku takmau cerita panjang.. aku harap orang tu paham2 sendiri kenapa aku cakap mcm ni..

yang keempatnya, pemergian seorang lecturer fakulti aku ke cawangan sabah.. tak ramai yg tau, dia ialah orang pertama yang aku kenal sebaik sahaja aku jejakkan kaki kat uitm shah alam 4 tahun yg lalu..

yang kelimanya, aku dapat tau yang orang2 yg kena re-sit paper semestinya TIDAK akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. setidak-tidaknya, harus menunggu selama satu semester..

yang keenam, aku dapat tau yang disebabkan seorang gadislah, aku fail paper tersebut, bermakna sebabkan dialah aku tak dapat sambung belajar.. *aku tau aku tak seharusnya menuding jari kearah dia, tapi, bila dah melibatkan soal hati, hanya tuhan yg tahu..

yang ketujuh, yes... that's the end of it.. hubungan kami terhenti disini.. ermmm.. sebenarnya, aku pun tak tau nak nyatakan macam mana. kami tak pernah menjalinkan apa-apa hubungan, so, macam mana nak kata yang hubungan itu dah berakhir? well, aku dah malas nak melayan org yg tak tau menghargai keikhlasan org lain.. daripada aku dok jiwa kacau, better aku blah... betul x?

ayat-ayat terakhir aku sebelum aku chow..;
It's either u r not good enough for me, or i'm just too good for u... it's not me who lost u, it's u who lost me.. thx for nuthin, bye..




Oh ye, lupa nak bagitau, this is the first time yang aku langsung takde rasa broken hearted.. ejie, afiq, megg, dan beberapa lagi kawan rapat aku, semuanya terkejut dengan berita ni. yg lagi mengejutkan diorang, aku seolah2 tiada perasaan.. jangankan nak kecewa, setitis air mata pun tak keluar. sebaliknya, aku terasa happy sgt2.. seolah2 ada org mengalihkan seketul batu yang besar yg sekian lama menghempap aku..

Terdapat hikmah disebalik segalanya.. Cukuplah aku berpegang dengan kata2 tu...

*aku sendiri pun terkejut.. hahahaha* =p

:: gAdIs KaMpUnG ::



Sebenarnye, semalam aku "ter"layan hindustan sket kat Astro, cite PARDES.. itu pun sebab dah puas berebut tv ngan parents aku.. internet tgh lembab, nak kuar, xboleh malas la plak... ishh... namun, disebalik cerita gadis kampung ni, ada satu babak yang best ingin aku kongsi ngan korang..

A: ko nampak pistol aku ni? baik ko bagitau kebenarannya sekarang!!
B: ya, aku nampak pistol ko.. namun, aku tak bole nak gtaw gak..
A: sebab pe plak?? ko tak takut mampos ke ha???
B: sebenarnya, kekayaan telah membutakan ko dari melihat kebenaran..
duit yang berjuta2 telah membuatkan ko xle beza antara benar dan palsu..
bagi org2 mcm ko, sesuatu itu cuma akan dianggap benar kalo betul2 mengikut kehendak ko..

*setelah ditranslate ke bahase melayu*

well, panjang lagi babak tu sebenarnya, cuma aku tersentap sket dengan petikan dialog diatas... kalo korang dengar dialog sebenar, memang lagi tersentap la korang.. hurm,,, aku rasa macam betul gak ape yg dicakapkan oleh B tu. kadang2, bila orang tu dah kaya sangat, duit mak bapak dia berjuta-juta, dia sanggup menggunakannya demi mendapatkan apa saja yang dia nak.. termasuklah kebahagiaan, cinta, kasih sayang kengkawan,, dan mende2 lain yang tak sepatutnya dicapai dengan wang...

bagi aku, perasaan2 seperti ini cuma lahir dari hati yang ikhlas, tak dapat dijual beli, tak ternilai harganya. bagi golongan yang "membeli" perasaan2 seperti ini, aku anggap mereka sebagai telah MENGHINA diri sendiri..

kalau ada sesapa yang terasa, aku mintak maaf, aku takde intention nak tuding jari kearah sesapa pun.. sekadar nukilan peraaan hati yang pernah suatu ketika dahulu terjual dengan nilai wang ringgit...

*cinta itu indah... terpulanglah bagaimana anda menghiasnya...

-adam harris-

:: ErTi CiNtA & pErKaHWiNaN ::

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
.
.
.
.
.
.
.

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan.. =p

:: jEJaLaN kEjAp ::

Hobi saye ialah memandu kereta (macam bukans sejenis hobi je?)




antara no plet yg lawa aku jumpe time tgh drive...




Kemalasan melanda diri... korang paham2 jela ape yg terjadi kat pic nie




lama2 makin teruk plak.. ngaaaaaaaa~ -_-"

:: HONDA yEaHaAa!!! ::




Ini la kete honda accord lama yang selalu aku gembar gemburkan kat orang... ngehehehehe.. baru aku perasan, cuma gambar kete ni je yang belom ade aku upload samada kat facebook ke, friendster ke, myspace ke, even dalam blog ni pun.. so, sebagai pengenalan kepada korang.. tataplah gambar ni puas2.. hahaahaha~!! =p

:: FrOm: ReALiTy oF LiFe ::

"it's better to notice the real thing from the beginning,
rather than keeping on developing the feelings which can make us suffer in the end.."

Do you guys really agree with this statement? I think that it's true. But at the same time, I believe that we should give the person we love "thing" a chance, who knows, in the future, the feelings do come true.. well, i don't know.. I'm a little bit different lately. It's due to a couple of problems which caused me a bit jiwa kacau for a moment..

oh ya,

fuck love.. thx! =p

:: LaHiRnYa SeBuAh CiNtA ::

Ntah mcm mana, tiba-tiba jiwaku kacau semula. aku mula menghubungi En.A, kerana dia sorang je yang memahami jiwa aku. semua masalah aku atau masalah dia, kami kongsi bersama.. ada satu hari tu, afiq tak dapat nak hang out dgn aku sebab dia sedang bersama Miss E. so, aku lepak2 je kat rumah satu hari tu sambil melayan lagu2 yang berkaca mata.. tetiba, En.A call aku, ajak lepak kat Starbucks ss9. So aku pegi la kat sane,

rupa-rupanya Miss E pun ada bersama dengan dia.. sembang-sembang, bergelak ketawa, hilang juga stress aku sedikit sebanyak. hujan sgt lebat time tu, A tak bagi aku balik sebab aku cuma naik motor.. so, dia suruh aku follow dia naik kereta untuk menghantar E balik ke damansara. (time tu E tinggalkan keretanya kat sana).. aku pun follow la mereka berdua tu ke sana. sampai je kat sana, E berubah fikiran, tetiba die nak pegi balik ke shah alam sebab nak jumpa kawan kat sana (begitu la lebih kurang apa yg dia bagitau kat aku).. sekarang, kereta ada 2 (kereta E dan kereta A). ermm.. Miss E tengah tak sihat sangat untuk drive balik ke shah alam, so, En. A cadangkan aku yang drive kereta E bawak pegi shah alam..

oke! jawabku. nak dijadikan cerita, aku terlepas exit nak ke shah alam, so aku pusing balik masuk damansara.. mak aiihh, jem gile babi teruk!! time orang balik keje plak time tu! aku punya la tekanan! minyak dah hampir kosong, dan bateri phone aku plak dah super kering. gara-gara activate GPS untuk cari shortcut.. ceh, tak berguna langsung teknologi time tu. lepas isi minyak, aku pening kepala teruk gle, mcm mana aku nak call En. A nak bagitau yg aku mungkin lambat sampai? E tinggalkan beg dia kat dalam kereta tu, tapi, aku memang takkan selongkar beg orang lain walaupun aku tau ada phone dalam beg tu.

setelah 2 jam bergelut dengan jem, aku pun sampai ke jalan yang aku nak.. dalam 15 minit aku nak sampai tu, aku terpaksa gak menyelongkar beg Miss E sebab aku betul2 perlu call diorang, nak tau diorang tengah lepak kat mana. nak dijadikan cerita lagi, En. A perlu balik ke rumah, sebab dia kena ambik adik dia dari sekolah. dia bagi aku no phone miss E kat aku. so aku pun call miss E. ermm... segan plak aku nak bersembang dengan orang yang aku tak berapa nak rapat lagi time tu. dah la gadis, aku ni super pemalu ngan gadis sebenarnya (ye ke?? hhaahaha) Miss E cakap, dia tengah lepak kat satu kedai ni, so, aku just hantar kereta dia kat tempat dia tengah lepak tu, then dia akan hantar aku balik ke ss9 tempat aku park motor aku tadi.

sebaik saja aku sampai shah alam, tukar plan!! adeimakkk~!! makin pusing kepala aku. skang, dia nak aku hantar kete tu kat rumah kawan die plak. nak tak nak aku memang kena pegi sana. takkan aku nak rembat keta orang suka suki hati aku je? dah la aku sampai lambat, nak ikut sukati aku plak.. memang la kuang hajo gile camtu..

Setelah melalui banyak sangat rintangan sepanjang hari tu, akhirnya aku menarik nafas lega setelah sampai kat depan gate rumah kawan miss E.. hurmm.. tetiba, dia kua dari rumah bersama dgn kawannya tu. aku tetiba celik mata sampai ke dagu!! mak aih, comelnye kawan die nie?? apesal En A tak penah pun cite pun pasal dia ni kat aku??

masuk dalam kereta, Miss E bertemankan kawannya tu nak hantar aku balik ke ss9.. hehheheehe.. "hai, name saye adam, awak syape yea?" (dengan nada gatei2 gedik sket) huhuhuhu.. start dari saat tu lah, aku mula berkenalan dengan si dia. insan yang membuatkan aku buka mata teringat kat dia, pejam mata pun teringat kat dia. pendek kata, sepanjang hari-hari aku memang hanya dia. kadang-kadang, sampai aku mengelamun tak tentu pasal.. malu pun banyak kali setelah kantoi dengan member-member dan family aku.. aku kantoi mengelamun tak tentu pasal. ada juga sekali tu time aku tengah drive, aku tersalah tukar dari gear 2 masuk gear 5 terus!! ngeheheheehe~!!

Aku pelik sungguh ngan peristiwa yang berlaku pada hari tu. macam-macam sangat berlaku. Ini baru sedikit yang aku ceritakan, ada banyak lagi masalah2 selingan sebenarnya.. bayangkan kalau salah satu dari berjuta2 masalah kat atas tu tak berlaku, adakah aku akan sampai kat depan rumah dia? adakah aku akan berkenalan dengan dia? adakah aku akan rapat dengan dia seperti hari ini? jawapannya, korang tau2 la sendiri... Persoalan utamanya sekarang, Adakah ini SURATAN atau KEBETULAN? love is a miracle, and miracle does not come by itself, there must be a reason for something..

mula pada saat itu, aku mula jatuh chenta padanya ( cheewaah~ *blush2!! =p ) sepanjang hidup aku mencari cinta, tak pernahnya ku ketemukan. tapi kali ni, aku langsung tak mencari (sumpah tak tipu) aku memang tak mencari langsung sejak bertahun2 lamanya aku sakit hati dengan gadis.. tak pecaye? boleh rujuk post2 aku sebelum ni, tak pun bole tengok betapa aku kutuk kaum pompuan kat blog ni sejak dari awal lagi..

"Don't find love, let love find you. That's why it's
called falling in love, because you don't force
yourself to fall, you just fall. "


sweet tak quote aku diatas? hehehe.. apa2 pun, aku percaya this time, aku memang betul2 jumpa orang yang perfect.. semoga diriku tak bertepuk sebelah tangan hendaknya. kerana cinta aku hidup, dan kerana cinta jugalah aku mati.. aku tak mau jiwa kacau lagi. aku tak mau pisang berbuah dua kali. cintaku padanya adalah yang terakhir. jika cintaku ditolak, tiada gunanya bpatah kembali.



-Adam Harris- 06/06/09 @ 4:04AM