:: MeTaFoRa ::

Antara metafora-metafora menarik sejak kebelakangan ni. aku dapat daripada beberapa orang kenalan aku.. tapi ini agak best jugak la. Yang first sekali, pasal bunga rose.. alaaa, korang tau kan? bunga yang penuh dengan duri tu.. ayat betul dia lebih kurang bunyik mcm nie, "if you were a rose, I would be the thorns to protect you from the beast"..

apa yang aku faham dari statement ni ialah, rose tu sangat cantik, semua orang nak petik. kekadang, tak semua yang nak petik tu sebab dia suka, ada yang nak petik sebab dengki dengan kecantikannya. sebab tu bunga rose ni memerlukan duri yang tajam sebagai protection.. definition tersirat ialah, perempuan ibarat bunga, dan lelaki yang sesuai dengannya ialah orang yang mampu mempertahankan dirinya dari tangan2 sial lelaki lain... hurm...

yang kedua, statement yang lebih kepada bentuk soalan~
"kenapa hawa (perempuan) dicipta daripada tulang rusuk kiri nabi Adam (lelaki)"

jawapan dia sangat simple.. "tulang rusuk tu dekat dengan hati untuk dicintai, bukan untuk dihina dimaki, juga dekat dengan tangan untuk dilindungi, bukan untuk disepak terajang macam kuli"...

"kenapa rusuk? kenapa bukan tulang dari kepala? atau tulang dari kaki?"

Jawapan dia simple jugak, bukan dari tulang kepala kerana perempuan bukan ditakdirkan untuk mengawal lelaki (sebagai hamba). juga bukan dari tulang kaki kerana bukan untuk diperhambakan oleh kaum lelaki.

hurm... renung-renungkanlah sayang.. =)

No comments: