:: pAtAh TuMbUh HiLaNg BeRgAnTi ::



asyik dok maki hamun bebudak pompuan, ni aku buat posting simple, sebagai iklan jap.. korang ingat lagi cite pasal ikan kesayangan aku? alaa... ikan oscar yang kaler hitam oren tu? tak hengat pun takpe la.. yang penting, aku nak gitaw kat korang sme sesungguhnya aku dah bersihkan balik akuarium tersebut, dan diganti dengan ikan baru.. jeng jeng jeng!!! agak2 korang, ni ikan pe? mahal cam haram gak la. walaupun panjangnye tak sampai 2 inci, harga dia mengalahkan yuran hantaran untuk janda yang masih mengaku dara... chow3~!! =p

:: sAtu PeNgHiNaAn ::

KHARISMA 2004/2005

Dude, semalam aku betul panas baran dengan sorang budak pompuan ni.. Berani dia kutuk sukan yang aku sanjung selama ni?? what the "F"!! respect la sikit, bukan semua orang ada kehendak yang sama.. so pandai2 la jaga sikit mulut tu. jangan sampai aku lempang hidup2! kalau ko dah memang jenis yang tak bersukan, tak payah la nak kutuk2 orang yang minatnya tak sama cam ko.. pompuan.. dah la aku paling benci kaum yang tak memahami dan sukar difahami ni..


LEX 2006

bagi aku, basketball bukan sekadar sukan biasa yang dimainkan pada waktu2 petang, sekadar nak berpeluh ataupun aktiviti masa lapang hujung minggu.. aku rasa basketball dah menjadi darah daging aku sendiri.. tanpa basketball, aku tak boleh hidup. walaupun possibility untuk aku kembali bermain sangat tipis, tapi aku tak putus asa.. miracle happens. nevertheless, I keep on praying to the God hoping that 1 day I'll be back to the court...

LEX 2008

cerita dia takdelah panjang sangat, cuma aku sedikit terkilan bila ada pihak yang cuba mempertikaikan kesungguhan aku dalam basketball. aku cuma cakap, "basketball is my pride"... tetiba lak nak balun cakap yang aku dah hilang pride tu sebab aku dah tak boleh main lepas ni.. mungkin dia tak tau betapa sakitnya hati ni bila doktor cakap yang ACL (some kind of ligament) aku maybe dah putus.. dan it's permanent.. ibarat menyimbah minyak ke api.. mana nya aku tak panas. berderau2 darah aku bila dengar macam tu..

MECHANICAL ENG 3 ON 3 2007

kalau ditanya mana2 sifu basketball, diorang pun akan memberikan pendapat yang sama. Zaid contohnya, paling pantang tengok orang duduk atas bola. Ibarat tidak menghormati basketball. Walaupun ianya cuma sukan bagi orang lain, tapi bagi kami, sukan inilah yang menyatukan kami semua.. Without basketball, we might not know each other like we do now..
COACH FOR LEXUS 2006

Contoh lain, En Rushdi paling bengang kalau ada orang sepak bola basketball dengan kaki.. Kurang ajar katanya. aku sangat2 bersependapat dengan mereka berdua ni. Kalau korang yang betul2 rasa basketball is not just a sport, then, belajar2 lah hormat game ni. RESPECT!! dan bagi mereka yang langsung tak tahu menahu pasal basketball atau bola keranjang ni, jangan tetiba tak tentu pasal nak kutuk2 sukan ni.. kalau dah tak tau, buat cara tak tau. Jangan ingat ko pandai dalam semua benda, ko boleh je nak kritik aku??

UITM PHANTOMS 2008

dia sepatutnya berasa sangat bernasib baik sebab aku jenis orang yang sentiasa pendam apa yang ada dalam hati. Kalau ditakdirkan kena kat orang yang salah, memang boleh bawak gaduh. Senior aku dulu sampai tumbuk budak sekolah sebelah sebab permainkan sukan yang dia minat ni.. untuk pengetahuan semua, basketballers memang sependapat dengan aku... to me, BASKETBALL IS MY LIFE, MY SOUL, MY PRIDE.. REMEMBER THAT..

-adam celak-

:: My PoEmS ::

If..

If I could turn back the time
I'd go to the place where I first met you
The place where my words started to rhyme
But I'd make sure that I'd never find you

So that you'd never know me
As if I never were in existence
Then I'd turn to the time I be
Where my love for you.. will stay a distance

You know what...

I need you baby more than the air
Cause you're so sweet and yet so fair
we're too close but I feel so far
Am I just a beep in your radar?

If I have flowers that never fragile
If I have huggies that can make you smile
If I have kisses that can turn you wild
I'll give all to you cause they are worthwhile

Remember that..

If your heart is a desert
I'll go and treasure for a genie
And if she gives me one wish to be granted
Forever in heaven, just YOU AND ME!

If you were the sleeping beauty
Waiting for so long for the one true kiss
I'll be thy prince charming to save thee
Even if I might be killed by the beast

Oh my darling why can't you see?
I could turn your winter to autumn
Because my love is like the deep blue sea
ONLY YOU.. can reach the bottom

You..

Just tell me all that you need
So that we can be together
Even if I had to bleed
I'D RATHER DIE.. than lose you FOREVER.. =(

................................................

A dot’s Life

I’m not the stars in the sky,
Nor the shine in your eyes
I'm just a DOT in your life,
Only appears… when all letters have passed by

I’m so useless in your diary,
Just being used to end a story
But can’t you see every chapter without me,
The best part… could turn into a misery

I bring every sentence to an end,
Making your story full of sense
I know it’s hard to comprehend,
For you to live… without a man

Countless men come and disappear,
Leaving your life in fear
But then you said they worth a while,
Not like me… “a loser for life!”

You bear all what they say,
Whirling around in boundless lies
You thought they’ll brighten your days,
But all left behind just tears to cry

When alone… you write your diary,
About the man… you wish to marry
If there's a way I could ease thee
I'd be the man, your one and only

I wish I could be the man in your book
Because I know how the story look
But of course I always realize
That I'm just A DOT.. in your life..

:: Ku ReLa KaU bErLaLu ::

Busan2.. buat lagu... agak layan gak lagu ni. aku dah nyanyikan kat beberapa orang member2 yang turut kaki gitar dan kaki jamming. diorang cap lagu ni kategori brokenhearted tahap gaban... ari tu aku kutuk orang buat lagu2 yang memuja wanita, last2 aku sendiri yang gatal jari nak petik lagu yang sama sifatnya.. tapi ingatlah satu hakikat ini, sesungguhnya lagu ni aku buat saja2 untuk seronok2... aku tak lagi pun menaruh harapan kat sapa2 from my past.. diorang ble pegi jahanam...

p/s-sesapa nak video/mp3 lagu ni, bole mintak kat facebook... tanak post kat sini. maloo woo.. suara cam katak mengawan...




Adam Harris - Ku Rela Kau Berlalu

Chord: Am Dm G C E
Guitar: Standard Tuning

(1st verse)
Am Dm
Pada malam terakhir ini
G C
Ku ungkap semua isi hati
Am Dm
Mengabadikan segala memori
E Am
Kita selama ini…


Am Dm
Bagai lautan tiada bertepi
G C
Begitulah cinta ini
Am Dm
Yang ku berikan kepadamu
E Am
Namun kau tetap berlalu


(Chorus)
Dm G
Tiada… kuduga…
C
Kita kan jadi begini
Dm G
Tiada... kusangka…
C
Cinta kita kan berakhir
Am Dm
Tak mungkin ku mahu… melepaskanmu
E Am
Kerna kau kucintai selalu


Dm G
Apakah… ini yang…
C
Dipanggil takdir
Dm G
Ketentuan yang…
C
Telah ditetapkan
Am Dm
Jika benar ini… semua yang kau mahu
E Am
Kurela kau berlalu


(Solo)


(2nd verse)
Am Dm
Kita dua insan bercinta
G C
Hidup di dunia fana
Am Dm
Setelah lamanya ku bahagia
E Am
Kini aku kecewa


Am Dm
Sayang kembalilah kau kepadaku
G C
Aku rindu manis tawamu
Am Dm
Di setiap saat setiap waktu
E Am
Aku sebut namamu


(Chorus)


E Am
Kurela kau berlalu
E Am
Kurela kau… meninggalkan ku…

E Am E Am E Am


Lagu/Lirik - Adam Harris sendiri yek!!

:: cInTa & kEhIdUpAn ::


Cinta bukan milik abadi seseorang,
pastikan layu setelah mekar berkembang..

manusia tidak akan mati tanpa cinta,
namun kuasa cinta adakalanya membunuh hati manusia..

ia hadir tanpa kita sedari,
kita berjinak-jinak dengan permainan yang dinamakan cinta.
walaupun kita tahu permulaan yang jernih,
hanyalah satu langkah menuju seribu satu kesulitan.
memang ini yang berlaku dalam kehidupan seharian,
namun masih ada yang menganggap ini takdir dan suratan..

cinta nilainya tak terucap dengan kata-kata,
biarpun ianya manis, namun tetap ada pahitnya..
begitulah cinta.. membuatkan si celik menjadi buta,
menjadikan sang raja menjadi hamba..

cinta membuatkan manusia terasa agung..
tapi cinta juga mengubah kita menjadi pengemis paling hina..


-adam jiwang seketika-

:: CiNtA Di AnJuNg IsTaNa ::


[Princess Diaries 2]

Bila jiwang datang menyeramukkan hati yang dah berkecamuk, inilah hasilnya... terimalah, "Cinta dianjung Istana"

Telah kutepis semua dugaan,
Ombak badai, onak dan duri.
Namun tak daya aku menahan,
panahan asmara seorang puteri..

terkelu lidah tidak terkata
melihat dirimu seindah melati
walaupun dikau jauh dimata
namun wajahmu terpahat dihati

masa berlalu bagaikan mimpi
terbang berlalu ibarat berlari
cinta berputik tiada bertepi
rindu mengundang setiap hari

inginku terbang menggapai bintang
sebagai hadiah untuk dirimu
termenung aku diwaktu petang
menanti saat kita bertemu

namun hidup ibarat roda
walau diatas, kan kebawah jua
badai kerinduan tiada tereda
tersembunyi hiba dibalik tawa

kau dan aku jauh berbeza
perpisahan kita telah kuduga
kini hanya satu kupinta
kenangan kita terabadi selamanya

setelah engkau berlalu pergi
terkelu lidahku tidak berkata
sedihnya tak dapat ku tahan lagi
kehilangan seorang puteri mahkota

-hakcipta terpelihara: adam harris 2009-

:: fUcKeD uP ::


Sebuah lagi lagu dari Adam yang sangat best!.. menangis aku dibuatnya... damn it!!

---------------------------------------------

Adam AF2 - Benar-Benar

Sayang, ku benar-benar cinta…

Semalaman ku tak kering mata
Didukung kekabu melapik pilu
Mengharap esok bisa menjanjikan sebuah lembaran baru

Sejak kita berdua berpisah
Aku tak habis-habis gelisah
Apakah itu tandanya bahawa…

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang

Semalaman lagi bersendiri
Parahnya diseksa sunyi sepi
Beginikah perasaan pabila kita disisih cinta

Ku sangka ku tabah berdikari
Rupanya rapuh untuk berdiri
Kembalilah kau kepada ku kerana…

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang..

---------------------------------------------


Lepas dengar lagu ni, aku sebak... sebak menahan perasaan yang tiba-tiba membuak tak tentu pasal. Aku terasa seperti merindui seseorang. tapi aku tak boleh nak mengenalpasti siapkah orangnya.. Lirik lagu ni sangat menyentuh hati. aku tak tau perasaan orang lain, tapi bagi aku, walaupun selama ni aku cuba mengeraskan hati untuk tidak lagi merindui sesiapa, lagu ni sedikit sebanyak membuatkan aku terkenang kisah-kisah lalu..


Baru saja sekejap tadi aku menyingkap kembali kisah2 lama kepada seorang kawan.. Bukannya aku masih lagi menyimpan perasaan terhadap mereka. tapi, akan datang masa bila hati ni terdetik untuk mengingat kembali cerita lalu disaat aku terasa diri ni seperti dipunyai... walaupun perasaan itu hanyalah dusta, bagaikan bertepuk sebelah tangan, kasih hilang dari pandangan..


[sekadar gambar hiasan]


Bodoh.. itu saja kata-kata aku kepada diri sendiri. buat apa lagi aku nak ingat mereka yang dah meninggalkan aku. bukan tu saja, semuanya dah ada pengganti. atau dalam erti kata lain, seseorang yang terbaik buat mereka. "pengganti" mungkin bukan perkataan yang sesuai untuk aku ungkapkan sebab aku tak pernah pun dipunyai walau sesaat. mungkin aku cuma persinggahan sementara mereka menjumpai apa yang diinginkan..


Aku sering berkata kepada diri, sesungguhnya aku serik untuk bercinta lagi.. seumur hidup aku, belum pernah aku menterjemah erti kata cinta yang sebenar. Ada yang berkata "kita cuma teman biasa", ada pula yang memberi jawapan "biar jodoh menentukan".. ada yang berdolak dalih memberi alasan, ada juga yang mengibaratkan aku dedaun kering ditepi jalan..


F***ed up.. itu yang aku rasakan. bukan perasaan marah atau benci mahupun dengki terhadap kalian, tetapi rasa itu untuk diriku sendiri yang tak bisa melupakan. Tidak lagi kukejar mawar berduri, hanya mampu berjalan membawa diri.. meredah kegelapan maya yang tak bersuluh, menghala kehadapan dengan hati yang luluh.. sentiasa kumencari cinta hakiki, walaupun nyawaku ditukar ganti..


-adam yang bodoh kerana wanita-

:: hApPy nEw YeAr ::

LOL!! sedar tak sedar 2008 dah pun meninggalkan kita. dalam tempoh setahun ni, macam2 peristiwa yang dah berlaku kat aku. banyak sangat kenangan pahit manis yang tak boleh dilupakan dan ada juga yang aku saja2 buat lupa.. hehe.. kenangan dengan kaum senget tu banyak la kan kalau nak dicerita, tapi takpe la, kita cerita pasal mende lain la plak. busan!!



first skali, aku nak ucap tahniah kat diri aku sendiri, sebab result aku kali ni walaupun tak setinggi yang aku harapkan, tapi aku lepas semua paper. which means yang aku still ada harapan untuk habiskan degree law ni dalam tempoh masa yang dah diberikan. kesian jugak bila aku dapat tau yang ramai kawan2 aku tak lepas paper part 5. tapi nak buat macam mana kan, bagi aku, semua yang berlaku ni dah ditetapkan ilahi. sentiasa ada hikmah disebaliknya.. betul tak?

yang keduanya, pada tahun 2008 juga aku beli laptop aku ni, takde mende ni, takde la wujudnya blog haram ni.. dulu masa aku matrix, laptop aku pernah hilang. sejak dari tu, aku tak berani langsung nak memiliki laptop baru. takut terjadi benda yang sama.. semoga si pencuri tu mampos dilanggar lori septik secepat mungkin..

erm.. pada tahun ni juga aku diberikan semula "lesen" untuk drive. dah lama aku tak dibenarkan drive kete sejak beberapa tahun yang lalu. bukan sebab takde lesen, tapi "lesen" aku ditarik oleh abah aku yang disayangi sebab aku eksidenkan kete mak aku dulu.. haha.. payah gak bila dah jadi camtu. tapi takpe, sejak dah bole drive balik ni, kekok la jugak.. sebab selama ni pun aku drive keta auto (secara curi2).. sekali dia bagi keta manual. tapi kejap je nak biasakan diri balik.. dalam 2/3 hari gitu je.. ngehehe..

tahniah buat adik aku yang DL lagi sem ni. gilebabas pandai syaitan tu.. dan juga sepupu aku yang dapat 8A dlm PMR dia bebaru ni.. begitu juga dengan best fren aku diseberang sana yang tak lama lagi dah nak balik mesia.. nak tau sapa? tungguuuu..

yang sedih sikit, pada tahun 2008 la juga aku kehilangan kura-kura tersayang.. ramai yang gelakkan aku sebab kura-kura je. tapi diorang apa tau. aku dah bela menatang tu sejak dari dok kat kelantan lagi. dah dekat 7 tahun!! walaupun tak pernahnya aku nampak dia membesar, tapi kekura tu memang sangat jinak. makan pun bersuap.. sumpah tak tipu. sebesar2 kolam kat rumah tu, kalau aku datang dekat seberang sini, cepat2 dia berenang datang... huhuu... rindu gak sesikit..


begitu juga dengan ikan2 oscar tercinta, Ernest & Cecily... dua2 terkorban disebabkan penyakit ntahpebendentah... satu akuarium ikan aku mati. skang ni aku tak berhajat lagi nak menggantikan ikan lain dalam akuarium tu.. sebab takut terkenang2kan plak mereka berdua tu.. isk2... dari besar ibu jari, sampai besar 2 tapak tangan.. bayangkan lah betapa lamanya aku bela diorang..

hobi aku dok ambik gambar merata2 tempat pun terbantut juga bila kamera digital aku hilang tanpa jejak... ampeh tul.. banyak aktiviti yang aku tak sempat rakamkan sebab takde kamera. tengok la kalau berkesempatan (dari segi kewangan) boleh la aku sebat mana2 kamera baru tahun ni.. tu pun kalau aku terasa cam nak beli... tapi skang ni, better aku gunakan duit yang ada sebaik2nya dulu untuk mende2 lain.. takut nanti lari budget plak cam tahun lepas..

Oh ye, lupa nak bagitau.. sesi praktikal kat High Court Alor Setar pun cambest gak.. memula tu rasa cam bosan, tapi lama2, aku terasa orang2 kat sana tu dah macam ibu2 dan abang2 aku sendiri.. rapat gile hubungan kitorang dengan mereka. begitu juga hubungan aku dengan budak2 praktikal yang lain.. namely Ira (cip besar), Yati (timbalan cip), Alin (penolong kanan cip), shasha, Lyana, Mariani, dan juga Cik Pah... walaupun kitorang cuma sebulan kat sana, tapi aku rasa friendship yang dibentuk tersangatlah rapat... macam adik beradik.. miss em all =']..



yang penting sekali, tahun 2008 amat bermakna bagi aku.. pada tahun inilah aku mula belajar erti kehidupan sebenar.. pada tahun ni jugak aku sedar sesungguhnya banyak lagi ruang dunia yang belum aku teroka.. masih luas lagi pemandangan yang belum aku lihat.. pendek kata, sejauh manapun aku berada sekarang, sebenarnya masih ada banyak lagi yang perlu aku belajar.. semoga tahun yang mendatang ni akan membawa lebih banyak pengalaman dalam diri aku bagi menghadapi tahun-tahun yang mendatang insyaallah... =]

-adam celak-