:: dRaMa KoReA TeRBaEk ::

hehe.. tanak cite pepanjang.. aku skang terlayan drama korea yang sangat best!! tajuknya Sassy Girl - Choon Hyang.. watak utama dia aku tak berapa nak ingat nama, tapi cerita nie memang best!! kalau ada kelapangan nanti aku cerita pasal synopsis drama ni.. bole download kat mana2 page drama korea.




Nak senang cari kat youtube.. keyword delightful girl choon hyang. ada 17 episod kalau tak salah aku. satu episod dlm 15oMB.. best dia memang takleh cerita dengan gigi la.. hehehe.. ENJOY~!! =]

:: oScAr Oh OsCaR ::

Sejak akhir2 nie, aku tengok perangai Earnest & Cecily agak pelik sket, asyik gaduh je.. bab makan gaduh, bab tempat tidow gaduh... pendek kata macam2 hal asyik tak sependapat je.. walaupun dah duduk se-akuarium sejak setahun dulu lamanya. oh, lupa nak bagitau., mereka berdua ialah ikan ternakan aku dari jenis Oscar. dulu beli besar ibu jari je, skang dah lebih dari tapak tangan dah haa..


aku pun rasa tak sedap hati, lantas aku menggooglekan diri selama sejam setengah godek2 apa kes yang sedang berlaku.. bagus gak aku ni kekadang, sanggup menghabiskan masa menyelidik kehidupan haiwan yang dikenali sebagai ikan.

apa yang aku jumpa? ops.. rupa2nya ikan2 aku ni diambang "perkahwinan" mereka. patut la nampak sengal semacam.. diorang bukan gaduh, tapi sedang menjalankan proses yang dikenali sebagai proses mengawan.. haha!! kenapa la aku ni dungu sangat sampai tak tau pasal ni.

apa2 pun, aku harap mereka akan kekal abadi sehingga ke anak cucu. Jangan jadi macam manusia, bapak makan anak, datuk makan cucu, lelaki makan gadis.. dan yang paling takle bla, member makan awek member sendiri.. sekali lagi tahniah buat Earnest & Cecily!! =]

:: NeEd FoR SpEeD ::

buZz!! ahaha.. jgn tersalah paham, title post kali ni takde kena mengena langsung dengan game race2 keta keluaran EA Sports tu. Tajuk kali ni ringkas je, "need for speed".. ape aku nk bercerita kali ni? buat pengetahuan semua, hidup aku semester ni agak super sibuk dengan assignment, test yg bersepah2, dan yg paling horror, project paper! sesapa yg sama batch dengan aku, part 5 law seharusnya menjadikan amalan memaki hamun research tersebut setiap hari... sampai lah tarikh dimana semua project2 paper tersebut perlu dihantar kepada supervisor masing2.

Aku sebenarnya, terus terang cakap... memang sangat enjoy buat mendealah ni.. tapi yang aku tak puas hati ialah, masa yang diperuntukkan sangat singkat... tambah pulak semester ni agak pendek dan semua kerja nak kena buat pantas.. dalam minggu ni saja aku dah mencatatkan rekod baru dalam sejarah hidup aku bilamana assignment Mr Nazim disiapkan dalam tempoh 2 jam sahaja.. hehe.. tapi aku berani cakap, kualiti BELAKANG KIRA!! yang penting siap!! bukan sebab aku malas atau apa2 alasan lain, cuma masa yang sangat2 singkat untuk kerja yang SANGAT2 BANYAK. memang tak tipu...

Lecturer plak, bukannya aku nak kutuk, cuma nak komen sikit pasal diorang.. Ada sesetengah lecturer yang memahami keadaan pelajar yang kesuntukan masa, so dikalangan diorang ada yang postpone test atau assignment sehingga minggu terakhir kuliah.. terima kasih kepada sapa yang terasa dia tergolong dalam kategori ni.. Tapi, kebanyakkan lecturer cuba mengetepikan alasan ni atas sebab kitorang ialah student, so, sebagai student, kitorang memang WAJIB ikut telunjuk setiap lecturer.. tak kira la tak cukup masa ke, nak siap cepat ke, apa ke.. yang penting, mengikut kehendak mereka. yang paling aku tak puas hati sekali, masih ada lecturer yang gila2 tak boleh "kautim" pasal "attendance". sampai ugut2 nak hantar nama naik ke lembaga pelajar. hello~~ aku ponteng kelas bukan sebab aku tak suka kelas ko, tapi sebab banyak kerja aku tertangguh sebab tak cukup masa. Tambah plak, supervisor aku yang memang nak kerja siap on time, walaupun hampir mustahil untuk menyiapkan kerja tersebut dalam tempoh masa yang diberikan..

Semalam, setelah berhempas pulas bersama rakan kongsi gelap aku, kitorang menghabiskan 11 jam all the way menyiapkan semua kerja yang ada. bayangkan dalam tempoh masa tu, kitorang sempat bekerjasama, lepas tu debate pasal opinion masing, lepas tu gaduh, lepas tu baik balik, lepas tu gelak sama, lepas tu debate balik, gaduh balik, baik balik.... see? tapi afterall, aku rasa pengalaman "pahit" ni akan jadi satu perkara yang mungkin akan aku ingat sampai mati. "student life" yang tak dapat dilupakan... yang tak ternilai dengan wang ringgit.

sekarang, aku sangat2 keletihan, EXHAUSTED dengan semua kerja yang dah disiapkan. tambah pulak lagi dengan abang kedai fotostat yang menghabiskan hampir 2 jam dari masa kitorang dengan membelek2 project paper yg tebal tu. lepas siap bind, hantar kat supervisor, maka kami pulang ke kandang masing2 pada pukul 7 mlm hari berikutnya.. hahaha~ "struggle" gila!! aku belum plan apa2 untuk dibuat esok. bukan nak kata yang aku ni dah mula ada kelapangan, tapi nak rehatkan otak sekejap... bermula selasa depan, ada lagi 2 test dan 1 assignment untuk dihantar.. bila ingat "need For Speed", aku cuma ingat satu benda je sekarang, semua kerja mesti disiapkan dengan PANTAS!! diulang, PANTAS!!!

kini adam mula menarik nafas lega~ fuuuh... =]..

:: BiLa SePtEmBeR eNdS ::

Finally, its october.. cuti pun da abes. bynk bende2 best yang aku da buat sepanjang cuti ni, just agak terkilan coz tak bnyk mende yg aku rancang berjalan seperti mana yg aku nk wat. aku skang kat atas bas.. on the way blk shah alam... so aku mengambil kesempatan ni utk menghabiskana masa2 aku wat blog yg tak bape nk best nie.. first aku nk gtaw spnjg cuti nie, aku da berkenalan dgn sorang gadis yg bynk share tentang life dlm hidup aku.. all the best to my new friend, adriana =]..

raya? erm... typical raya aku tiap2 tahun, blk kg, pegi semayang raya pastu bergambar family ramai2, taun ni cam best gile sbb pe? duit raye bersepah2!! hehehehe.. cam bebudak sket2 pun aku rasa ada gak. tapi as a student, korang harus paham sesungguhnya masalah kewangan ni bukan la satu masalah baru bagi kita yg masih lagi belajar. so, duit raya memainkan peranan pentidng kat sini. kan? kan?



yang meletihkan aku sket sepanjang cuti ni ialah, akak aku baru je melansungkan perkahwinan die pd 4 syawal yg lalu. tahniah wat Ainiza hanim dan ashraf arif! semoga perhubungan anda berkekalan sehingga ke anak cucu.



di kesempatan cuti nie, aku pegi ke kedai menjual alat memancing. why? sebab aku nk memastikan hobi aku tak terhenti sebab masa aku gi mancing kat bukit carakah aharitu, aku kehilangan banyak equipment yg best2 yg menyebabkan aku tak bole nk gi mancing da lps tu. tapi lepas nie, hahaha.. bole la aku menyelongkar srata alam mencari mangsa2 terbaru aku.. dgn kekili bru yg aku beli dari internet, cakap je memana tasik, sungai, laut, meskipun kolam renang sec 9, semua bakal aku redah!!. by the way, buat rakan2 sepancingan aku, aku baru je dpt tgkp sekor ikan keli afrika.. tym gi mancing ngan abang ipar aku kat area alor setar gak.. not bad, tak besar.. tp bolee laa wat lepas gian!

argh.. bosan2. perjalanan aku masih jauh.tak sabar rasanya nk jejakkan kaki kat bandar anggerik tersebut. tak sabar nk melepaskan segala kerinduan bwat sme rakan2 aku. Megat, anas, Ezy, Qoliey, dan ramai lagi yang aku tak describe kat sini. yelah, kalo nk senaraikan sorang2, mau abes dulu bateri laptop aku ni. hahahaa..

ape yg paling best sebenarnye? time aku jumpe balik uncle aku yg da lame tak jumpa, beliau baru je menghadiahkan aku dan sorang lagi cousin aku seketul N95~!! yes3~!! tahniah untuk aku. mungkin aku terpaksa mengambil masa selama beberapa bulan untuk memikirkab apa yg aku perlu isi dgn 8GB capacity henpon tersebut! hehehe...


now im looking forward to open houses yg bakal ada di sekitar shah alam. dgr kata ramai je yg buat tahun ni. sesapa ada wat open house tu, jgn la lupakan aku kat sini ye? hehehe.. dan yg palng penting, Naz's besday's coming up! bday boy kne belanja? of course! aku kne bwk adiah? no hal! hahaha.. gile rindu kat korang. takpe, since cuti da abes, bnyk lagi masa yg nk diluangkan bersama pasni yea? hehehe..

tahniah untuk aku. selamat menyambung pelajaran anda! -adam celak-