:: KaLaU sAyA sEoRaNg YB ::

"diambil dari blog seorang rakan.. menarik skali!! saya bagi 5 star untuk nukilan ini*

kalaulah saya seorang YB,
orang minta duit mesti saya bagi,
manusia yang lapar tak wujud lagi,
semua yang miskin dah boleh berlari.

Kalaulah saya seorang YB,
Saya pakai kelisa je tak pun MyVi,
bukan nak tunjuk zahud dalam diri,
takut kereta mahal tak nampak orang jalan kaki.

kalau lah saya jadi YB,
makan minum hanya di kedai kopi,
bukan kedekut duit poket sendiri,
ramai rakyat cant afford eating in HOTELS and McD.

Kalau lah saya jadi YB,
semua rasuah ditolak ketepi,
bukan hanya kerana iman dihati,
gaji 10 ribu dah cukup nak melancong oversea.

kalau lah saya jadi YB,
tak ada orang kawasan yang berdemonstrasi,
sebab dah ada padang demokrasi,
tak puas hati pi jerit kat sana sesama sendiri.

Kalaulah saya jadi YB,
jenayah kurang rakyat tak rugi,
semua kesalahan besar akan kena death penalti,
Gangster macam mana pun takut mati...

kalau lah saya jadi YB,
perempuan simpanan saya takkan cari,
sebab kuota yang 4 dah cukup sekali,
saya akan perjuangkan hak wanita dalam poligami...hehe...

Kalau saya jadi YB,
semua orang akan menyanyi menari,
dapat wakil yang tak kesah dihubungi,
siang malam atau dinihari.

kalau saya jadi YB,
paling lama saya pegang pun 3 penggal berbakti,
kalau lama sangat nanti orang benci,
bagi can kat orang lain lah takkan nak pegang sampai mati.

kalau saya jadi YB,
freedom of speech saya ingatkan sekali,
nak cakap apa pun cakap lah lagi,
dah penat cakap mesti korang berenti..kan..kan....

kalau lah saya jadi YB,
tak yah panggil gelaran datuk atau tan sri,
semua pangil pian je nama aku sendiri,
nanti gelaran panjang2 susah rakyat nak dekati....


UNDILAH SAYA DALAM ELECTION AKAN DATANG... TERIMA KASIH......

.

No comments: