:: mEnCaRi CiNtA sEbEnAr ::

Ada kawan baik aku sorang ni, sifatnya yang cukup indah, cantik, berseri, seorang penyayang, sabar, dan sentiasa tulus dalam perhubungan.. Bagiku, ciri-ciri yang dia miliki sudah cukup membuatkan mana-mana lelaki tertarik padanya..

Kamelia, begitulah namanya, tp aku panggil yaya je.. sepanjang 5 tahun aku mengenalinya, dah banyak kisah2 suka duka yang kami kongsi bersama. pahit manis bersamanya terabadi sepanjang perkenalan kami. Kalau ada masalah, aku antara org pertama yg dia akan bagitau, same goes to me.. mostly bila aku ada masalah, aku akan cari dia.. yaya seorang yang sangat-sangat memahami aku.. aku tak rasa ada org lain dikalangan kawan2 aku yg lebih memahami aku melainkan dia.. dan the same thing goes to her too.

Kisah yang paling pedih dalam hidup yaya ni, adalah dari segi percintaan. Aku sangat kenal yaya ni orang macam mana, in any relationship, dia akan bagi komitmen yang semua jantan lelaki inginkan dari seorang teman wanita.. tapi sejak aku kenal dia, dan setelah beberapa BF ex-BF yg dia ada, semuanya aku nampak mcm TAK PANDAI NAK MENGHARGAI apa yg ada padanya.

Sampailah satu ketika tu, dimana Yaya dah mula give up untuk bercinta lagi, bagi dia, semua lelaki sama je!! mana tak nye, semua lelaki yg pernah bersamanya, memang tak pernah nampak apa yang yaya miliki!!! bodoh!! itu je aku boleh cakap kat diorang. Dude, tak semua manusia dalam dunia ni sempurna! If you like a person, you have to accept her worst, then only you deserve her best!! ini kata-kata yang aku selalu pegang dalam percintaan. Sebab semua gadis yang pernah dampingi aku, tak semuanya perfect. Ada yg super cantik, tapi low self esteem. Ada yg anak jutawan, tapi perangai cam cibai tak senonoh, ada yang baik gile, tapi kuat merajuk.. tapi aku terima je kelemahan diorang, hoping that one day I will get the best out of them.. Dah, itu semua kisah lama aku, skang aku nak bercerita pasal si yaya ni..

Baru-baru ni, Yaya telah disapa oleh seorang lelaki, rupa boleh tahan la, tak hensem sgt pun.. setelah beberapa lama kenal online, then diorang decide utk jumpa depan2. mamat tu nama Shah. Shah ni nampak rilek je, casual.. standard lelaki biasa. Pakaian takdela selekeh, tp ok la. Naik kereta proton saga. Shah memang dah lama tertarik kat yaya, walaupun yaya pada masa tu memang takde perasaan apa2 langsung kat dia, diorang still keluar bersama..

End up, Yaya bagitau aku, yang dia mula rasa yang dia macam dah jatuh cinta kat Shah, it's just the matter that yang dia takut dikecewakan lagi sekali oleh lelaki! hurm.. Yaya undecided, takut pisang berbuah dua kali, walaupun time tu Shah dah nampak sangat dah yang dia memang suka kat yaya. His acts told everything!! Memang yaya dah nampak dari awal, cuma she keeps it cool, dia tak mau bagi yaya apa2 harapan lagi kat Shah sebab kisah silam masih lagi dok bermain kat kepala yaya ni..

Finally, they declared to each other, Yaya said to me, it's worth to take the risk, baginya, dalam setandan pisang, takkanlah semuanya busuk? cuma kalau dalam setandan tu ade satu je pisang yang elok, memang payah la nak jumpa betul tak? Bagi yaya, dia rasa selesa dengan Shah, shah seorang yang penyayang, romantik, dan sangat caring. erm.. good for her. Walaupun kadang-kadang si Shah ni agak sibuk (kerana dah bekerjaya) sehinggakan cuma ada hujung minggu je masa untuk diorang berjumpa. Yaya tak kisah langsung pasal tu, coz dia sekarang pun dah mula ikut pegangan aku, "accepting the worst out of the person you like.."

Dan, ini part yang paling best aku rasa pernah berlaku kat yaya dalam alam percintaan dia. Mamat Shah ni pun agak pandai bagi aku, there's a part of him yang dia rahsiakan dari Yaya sampai dia tau Yaya betul2 sayangkan dia, then only he will tell her about this part. Korang nak tau ape? rupa-rupanya si Shah ni businessman yang boleh dikatakan berjaya!! dia tak nak pompuan falls for him just because of he is rich!! dia nak pompuan sukakan dia sebab diri dia, dan bukan harta yang dia ada..

Bonus buat Yaya!! mamat tu ada 4 bijik kereta model oversea! 3 bijik umah banglo! RM600,000 cash dalam bank, dan total jumlah hartanah bernilai RM2.4M!!

Tapi macam biasa, dalam percintaan ada ups and downs, kalau tak, tak nama bercintalah namanya. Sejak dua menjak lepas tu, Yaya tengok si Shah ni dah agak berubah, terlalu sibuk dengan kerja sampai tak boleh nak celebrate besday si yaya ni. Yaya sangat terkilan, tambah terkilan lagi bila sms pun tak direply, call pun tak diangkat, inikan plak nak tunggu si Shah tu sendiri nak sms @ call, memang tak la!!

Yaya cerita ni semua kat aku, dia ckp, dia tak peduli langsung mamat tu kaya mcm mana sekalipun, kalau betul2 cinta, kenapa buat semua ni kat dia?? aku pun mula nak pandang serong kat Shah. Aku pun takut cerita lama berulang kembali kat Yaya. Yay yang tengah frust ni memang hilang arah tuju seketika. Dia mula buat benda2 bodoh, dia even keluar dengan lelaki lain semata-mata untuk hilangkan rasa rindu dia kat Shah. WHERE THE HELL IS HE?? and WHAT THE HELL IS HE DOING??

Nak dijadikan cerita, waktu si yaya ni tengah "sakai", dia kantoi dengan Shah time tengah keluar dgn sorang mamat lain. End up, si Shah cakap kat Yaya nak jumpa dia face to face that night jugak!! nak talk about everything!! Shah explain kat yaya malam tu yang dia betul2 kecewa dengan perangai yaya yang selama ni dia anggap sempurna, dia kecewa kerana yaya dah melukakan perasaannya, dia kecewa sebab yaya dah buat dia hilang kepercayaan padanya.

Yaya yang masih lagi tengah bengang dengan Shah atas apa yang dia dah buat, mula cerita kat Shah, kenapa dia jadi macam tu, dan dia jadi macam tu semua sebab SHAH!!! dia keluar dating dengan Razif (mamat lain tu) pun semata-mata nak hilangkan perasaan rindunya kat shah! Dia tak mampu nak tanggung derita keseorangan. Dia terus terang cakap kat shah, walaupun dia bersama orang lain, dia anggap si Razif tu ialah Shah sebenarnya, hanya itu caranya untuk dia melepaskan rasa rindu dia tu..

Shah, setelah beberapa lama menghilang, mula menceritakan kisah sebenar.. Shah sebenarnya tengah buat persediaan untuk merisik Yaya, Shah dah sediakan semuanya bagi memastikan semuanya berjalan lancar. dan ini termasuk membeli sebentuk cincin pertunangan yg sangat mahal!!!

dot.. dot... dot.... aku biarkan korang buat conclusion sendiri. hehehe

No comments: