Pernahkah kau,
Ketika keseorangan, kau terfikir tentangku?
Pernahkah kau,
Ketika kau bersama teman-temanmu, kau ingat akanku?
Pernahkah kau,
Ketika kau menjamah selera, kau inginkan ku bersamamu?
Pernahkah kau,
Ketika kau perlukan seseorang, aku yang kau cari?
Pernahkah kau,
Ketika kau mendengar lagu-lagu cinta, kau bayangkan aku?
Pernahkah kau,
Ketika ingin melelapkan mata, aku dihatimu?
Pernahkah kau,
Ketika kau bangun dari pagi, kau inginkan ku disisimu?
Pernahkah kau,
Ketika kau kesedihan, kau inginkanku menemanimu?
Pernahkah kau,
Ketika kita bersama, hatimu bergelora?
Pernahkah kau,
Ketika ku tiada, hatimu gelisah?
Pernahkah kau,
Ketika ku bersama gadis lain, kau merasa cemburu?
Pernahkah kau,
Ketika bercerita tentang cinta, aku bermain dimindamu?
Pernahkah kau,
Ketika kau merenung rembulan, kau terlihat wajahku?
Pernahkau kau,
Terlintas dihatimu untuk ingin bersamaku selamanya?
Jika kau tidak pernah merasainya,
Aku cuma ingin tahu,
Agar aku cuba untuk melupakanmu...
Tetapi jika kau pernah merasai kesemuanya,
Mengapakah TIDAK PERNAH KAU meluahkannya kepadaku?
Kerana aku merasai KESEMUANYA...........
-Adam Harris-Saturday-24th April 2010-
No comments:
Post a Comment