:: hApPy nEw YeAr ::

LOL!! sedar tak sedar 2008 dah pun meninggalkan kita. dalam tempoh setahun ni, macam2 peristiwa yang dah berlaku kat aku. banyak sangat kenangan pahit manis yang tak boleh dilupakan dan ada juga yang aku saja2 buat lupa.. hehe.. kenangan dengan kaum senget tu banyak la kan kalau nak dicerita, tapi takpe la, kita cerita pasal mende lain la plak. busan!!



first skali, aku nak ucap tahniah kat diri aku sendiri, sebab result aku kali ni walaupun tak setinggi yang aku harapkan, tapi aku lepas semua paper. which means yang aku still ada harapan untuk habiskan degree law ni dalam tempoh masa yang dah diberikan. kesian jugak bila aku dapat tau yang ramai kawan2 aku tak lepas paper part 5. tapi nak buat macam mana kan, bagi aku, semua yang berlaku ni dah ditetapkan ilahi. sentiasa ada hikmah disebaliknya.. betul tak?

yang keduanya, pada tahun 2008 juga aku beli laptop aku ni, takde mende ni, takde la wujudnya blog haram ni.. dulu masa aku matrix, laptop aku pernah hilang. sejak dari tu, aku tak berani langsung nak memiliki laptop baru. takut terjadi benda yang sama.. semoga si pencuri tu mampos dilanggar lori septik secepat mungkin..

erm.. pada tahun ni juga aku diberikan semula "lesen" untuk drive. dah lama aku tak dibenarkan drive kete sejak beberapa tahun yang lalu. bukan sebab takde lesen, tapi "lesen" aku ditarik oleh abah aku yang disayangi sebab aku eksidenkan kete mak aku dulu.. haha.. payah gak bila dah jadi camtu. tapi takpe, sejak dah bole drive balik ni, kekok la jugak.. sebab selama ni pun aku drive keta auto (secara curi2).. sekali dia bagi keta manual. tapi kejap je nak biasakan diri balik.. dalam 2/3 hari gitu je.. ngehehe..

tahniah buat adik aku yang DL lagi sem ni. gilebabas pandai syaitan tu.. dan juga sepupu aku yang dapat 8A dlm PMR dia bebaru ni.. begitu juga dengan best fren aku diseberang sana yang tak lama lagi dah nak balik mesia.. nak tau sapa? tungguuuu..

yang sedih sikit, pada tahun 2008 la juga aku kehilangan kura-kura tersayang.. ramai yang gelakkan aku sebab kura-kura je. tapi diorang apa tau. aku dah bela menatang tu sejak dari dok kat kelantan lagi. dah dekat 7 tahun!! walaupun tak pernahnya aku nampak dia membesar, tapi kekura tu memang sangat jinak. makan pun bersuap.. sumpah tak tipu. sebesar2 kolam kat rumah tu, kalau aku datang dekat seberang sini, cepat2 dia berenang datang... huhuu... rindu gak sesikit..


begitu juga dengan ikan2 oscar tercinta, Ernest & Cecily... dua2 terkorban disebabkan penyakit ntahpebendentah... satu akuarium ikan aku mati. skang ni aku tak berhajat lagi nak menggantikan ikan lain dalam akuarium tu.. sebab takut terkenang2kan plak mereka berdua tu.. isk2... dari besar ibu jari, sampai besar 2 tapak tangan.. bayangkan lah betapa lamanya aku bela diorang..

hobi aku dok ambik gambar merata2 tempat pun terbantut juga bila kamera digital aku hilang tanpa jejak... ampeh tul.. banyak aktiviti yang aku tak sempat rakamkan sebab takde kamera. tengok la kalau berkesempatan (dari segi kewangan) boleh la aku sebat mana2 kamera baru tahun ni.. tu pun kalau aku terasa cam nak beli... tapi skang ni, better aku gunakan duit yang ada sebaik2nya dulu untuk mende2 lain.. takut nanti lari budget plak cam tahun lepas..

Oh ye, lupa nak bagitau.. sesi praktikal kat High Court Alor Setar pun cambest gak.. memula tu rasa cam bosan, tapi lama2, aku terasa orang2 kat sana tu dah macam ibu2 dan abang2 aku sendiri.. rapat gile hubungan kitorang dengan mereka. begitu juga hubungan aku dengan budak2 praktikal yang lain.. namely Ira (cip besar), Yati (timbalan cip), Alin (penolong kanan cip), shasha, Lyana, Mariani, dan juga Cik Pah... walaupun kitorang cuma sebulan kat sana, tapi aku rasa friendship yang dibentuk tersangatlah rapat... macam adik beradik.. miss em all =']..



yang penting sekali, tahun 2008 amat bermakna bagi aku.. pada tahun inilah aku mula belajar erti kehidupan sebenar.. pada tahun ni jugak aku sedar sesungguhnya banyak lagi ruang dunia yang belum aku teroka.. masih luas lagi pemandangan yang belum aku lihat.. pendek kata, sejauh manapun aku berada sekarang, sebenarnya masih ada banyak lagi yang perlu aku belajar.. semoga tahun yang mendatang ni akan membawa lebih banyak pengalaman dalam diri aku bagi menghadapi tahun-tahun yang mendatang insyaallah... =]

-adam celak-

No comments: