Sebuah lagi lagu dari Adam yang sangat best!.. menangis aku dibuatnya... damn it!!
---------------------------------------------
Adam AF2 - Benar-Benar
Sayang, ku benar-benar cinta…
Semalaman ku tak kering mata
Didukung kekabu melapik pilu
Mengharap esok bisa menjanjikan sebuah lembaran baru
Sejak kita berdua berpisah
Aku tak habis-habis gelisah
Apakah itu tandanya bahawa…
Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang
Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang
Semalaman lagi bersendiri
Parahnya diseksa sunyi sepi
Beginikah perasaan pabila kita disisih cinta
Ku sangka ku tabah berdikari
Rupanya rapuh untuk berdiri
Kembalilah kau kepada ku kerana…
Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang
Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang..
---------------------------------------------
Lepas dengar lagu ni, aku sebak... sebak menahan perasaan yang tiba-tiba membuak tak tentu pasal. Aku terasa seperti merindui seseorang. tapi aku tak boleh nak mengenalpasti siapkah orangnya.. Lirik lagu ni sangat menyentuh hati. aku tak tau perasaan orang lain, tapi bagi aku, walaupun selama ni aku cuba mengeraskan hati untuk tidak lagi merindui sesiapa, lagu ni sedikit sebanyak membuatkan aku terkenang kisah-kisah lalu..
Baru saja sekejap tadi aku menyingkap kembali kisah2 lama kepada seorang kawan.. Bukannya aku masih lagi menyimpan perasaan terhadap mereka. tapi, akan datang masa bila hati ni terdetik untuk mengingat kembali cerita lalu disaat aku terasa diri ni seperti dipunyai... walaupun perasaan itu hanyalah dusta, bagaikan bertepuk sebelah tangan, kasih hilang dari pandangan..
[sekadar gambar hiasan]
Bodoh.. itu saja kata-kata aku kepada diri sendiri. buat apa lagi aku nak ingat mereka yang dah meninggalkan aku. bukan tu saja, semuanya dah ada pengganti. atau dalam erti kata lain, seseorang yang terbaik buat mereka. "pengganti" mungkin bukan perkataan yang sesuai untuk aku ungkapkan sebab aku tak pernah pun dipunyai walau sesaat. mungkin aku cuma persinggahan sementara mereka menjumpai apa yang diinginkan..
Aku sering berkata kepada diri, sesungguhnya aku serik untuk bercinta lagi.. seumur hidup aku, belum pernah aku menterjemah erti kata cinta yang sebenar. Ada yang berkata "kita cuma teman biasa", ada pula yang memberi jawapan "biar jodoh menentukan".. ada yang berdolak dalih memberi alasan, ada juga yang mengibaratkan aku dedaun kering ditepi jalan..
F***ed up.. itu yang aku rasakan. bukan perasaan marah atau benci mahupun dengki terhadap kalian, tetapi rasa itu untuk diriku sendiri yang tak bisa melupakan. Tidak lagi kukejar mawar berduri, hanya mampu berjalan membawa diri.. meredah kegelapan maya yang tak bersuluh, menghala kehadapan dengan hati yang luluh.. sentiasa kumencari cinta hakiki, walaupun nyawaku ditukar ganti..
-adam yang bodoh kerana wanita-
No comments:
Post a Comment