Hidupku ini, diibaratkan macam lilin..
membakar diri menerangi orang lain
Tapi, tak semua orang mengerti,
nyalaan ini kan padam suatu hari nanti..
Lilin,
Dah tak ada orang nak pakai, sekarang semuanya diterangi lampu.
Bila bekalan elektrik terputus, baru tercari-cari diriku
Tak mengapa, aku sentiasa setia,
berada disini untuk menemaninya
Dan sebaik sahaja lampu kembali menyala,
apiku dipadam,disimpan semula..
Terlalu hinakan hidupku?
sehingga kau termampu buat sebegitu??
mengapa tidak dibuang sahaja jika aku tidak berguna lagi?
sekurang-kurangnya ada orang lain yang mungkin bisa kuterangi??
Bagimu.. aku tiada nilai apa-apa..
Apiku ditiup kan terpadam jua..
Tidak seperti lampu yang lebih terang,
Panasnya pun tidaklah berbahang,
Lebih selamat bersama si lampu,
daripada bahaya bersama aku..
Mengapakah aku dijadikan boneka?
Tidakkah kau tahu hatiku terluka?
Aku hanyalah lilin sayang... hanyalah sebatang lilin..
Pastikah jua dipermainkan walaupun bersama orang lain..
Namun begitu,
Aku masih ingin bersamamu,
Kerana aku sentiasa tahu,
kegelapan mungkin datang menyelubungimu..
Janganlah risau, kerana aku pasti membakar semula,
mahupun apiku kecil, namun aku tetap setia..
Telah lama ingin kuluahkan semua ini,
Walaupun aku tahu kau tidakkan peduli,
Lilin yang kau anggap tidak mempunyai hati,
Sebenarnya bersabar dengan sikapmu saban hari..
Benar,
Aku menemanimu hanya sementara,
Sehingga sinarmu muncul semula,
Diriku jangan kau cari lagi,
kerana semuanya sudah berakhir..
Isi hatiku ini tak mungkin kau dengari,
Kerna ku cuma lilin yang membakar diri...
No comments:
Post a Comment