:: JiWa KaCaU ::

Aduh.. sakit.. sakit... sakit jiwa aku dibuatnya. perasaan ni datang balik. Tapi ini bukan broken hearted sepertimana yang selalu terjadi diakibatkan wanita, tapi perasaan pelik yang aku pun tataw camne lagi nak explain. Kadang-kadang, aku jadi emo semacam, asyik rasa nak marah orang, nak merajuk tak tentu hala, nak bersajak tak tentu pasal... fuuh.. aku asyik kutuk kaum pompuan ni complicated, sekarang aku terasa diri aku sendiri yang super complicated kalo nak dibandingkan dengan diorang.

setelah aku dok melepak kat balkoni rumah aku ni sensorang, aku cuba fikir balik, apa sebenarnya yang menghantui aku sampaikan perasaan ni wujud dalam diri. Sekarang dah pukul 4 pagi, dah dekat 3 jam aku kat sini macam orang gila, semata-mata kerana memikirkan masalah yang sering timbul ni.

sebenarnya, aku kesunyian. sangat sangat!!! bukan sebab pompuan, tapi sebab aku takde kawan! Ye lah kan, sekarang tengah cuti 4 hari, si Megat pegi Kuantan, Sue sibuk dengan assignment, Asril kerja, Anas date ngan awek, dan Akak plak balik rumah.. Memang gile bosan!! bayangkanlah, kalo setiap malam aku akan melepak dengan mana-mana diantara mereka, tup tup semuanya hilang dalam sekelip mata. damn!! seolah-olah hidup aku "hilang" untuk seketika.

Bila jadi macam ni, memanglah ada orang yang akan jadi "mangsa" aku. Kalau dekat YM, sapa2 yang online je, memang aku akan tegur, dan bercakap benda yang bukan-bukan. aku akan merepek sampai dia pulak yang bosan mendengar. ada yang sampai tak mau reply, ada juga yang sampai terus INVISIBLE!! pukimak betul!! macam ni ke member? apa ke lancau korang nak buat macam ni kat aku?? time korang susah, korang cari aku, time aku susah, itu lah, ini lah, macam-macam alasan yang aku dengar. ye la kan, dunia ni penuh dengan orang yang berpura-pura.

bak kata Fergie, "big girls don't cry", but to me, big boys do!! aku bila dah rasa macam tekanan semacam, all that I can do is just cry myself to sleep. macam bangang je bunyinya. GILA pun ada. bagi aku, kawan-kawan ni lah keluarga aku kat sini. takde diorang, aku rasa dunia ni kosong.. sangat sangat kosong... gelap, seolah-olah aku berjalan tanpa arah.

aku tak tau lagi dah nak cakap apa, kalau aku membebel panjang-panjang pun, bukannya ada sapa nak membaca blog aku ni sebenarnya, dan kalau ada pun, berapa kerat sangat yang akan memberikan perhatian kepada apa yang aku carutkan kat sini? aku tak kisah kalau korang langsung tak endah, mungkin memang aku dah ditakdirkan sampai mati hidup begini, so, biarkan aku sendiri..

-adam yang emo-

No comments: