Pada suatu petang, aku pergi bersiar di tepi pantai.. pemandangannya sungguh indah, tak tergambar dengan kata-kata. Aku terus berjalan di persisiran. pada masa yang sama juga, aku memerhatikan di sekelilingku terdapat batu-batuan kecil yang sangat cantik. terfikir sejenak untuk mengutipnya untuk dibawa pulang ke rumah.
sepanjang perjalanan aku mengambil angin di tepi pantai tersebut, aku terlihat lebih banyak batuan cantik tertanam di celah-celah pasir. sehinggakan pada masa tersebut, aku sedar sesungguhnya tanganku sudah tiada ruang untuk memegang batu-batuan cantik itu. terasa ringan pada mulanya, tapi lama kelamaan, tak tertanggung dek berat kerana jumlahnya yang agak banyak...
lantas, aku mencampakkan kembali kesemuanya sekali ke tanah. aku tahu, walaupun aku melepaskannya sekarang, I can easily retrace my steps and pick them up. tetapi aku tidak... aku cuma terdiam seketika. tiba-tiba, air mata berlinangan jatuh ke pipiku..
aku tahu, sesungguhnya peristiwa ini mengajarku something yang sangat bermanfaat dalam kehidupan. Kesakitan yang ku rasai sekarang bukanlah kerana kehilangan batuan cantik itu, tetapi kesakitan yang lebih dalam, the deeper pain of having to let go of what I already have just because I wanted to hold on to something more...
bila diaplikasikan situasi ini kedalam hidup kita, kita boleh lihat sesungguhnya, kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada... atau dalam erti kata lain, seseorang yang kita punyai. Walaupun diluar sana masih ramai lagi orang yang lebih baik, tak semestinya kita harus mengejar yang terbaik.. yang penting ialah menghargai apa yang berada di depan mata.
tak banyak yang boleh diucapkan lagi.. ingat-ingatlah pesanan ini. bukan apa, cuma untuk pedoman dalam menghadapi hidup ini. belakang parang kalau diasah pastikan tajam, buluh boleh dilentur, bersusah-susah dahulu, besar ganjarannya dikemudian hari.. cuma satu yang paling penting, jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong?? berciciran...
---
to my dearest sis,
Kawaii..
1 comment:
hehehehhe...:p
tQ TQ
Post a Comment