1. adam ada 2 kakak, satu kakak tu ada abang, tapi abang kakak dia bukanlah abang adam. camne tu?
2. bela arowana. sehari bg makan +- RM1.. lepas 6 bulan, harganya cuma RM150.. investment ke membazir tu?
3. adam main basketball. sejak dia terkehel lutut, dia belajar main snooker. sekarang bahu dia terkehel.. nak main ape lak pasni?
4. adam takde awek. adam ada ramai skandal. adam bajet semua skandal tu adalah awek dia. tapi awek2 tu tak penah pun ngaku adam tu skandal mereka..
5. adam boleh merempit laju2 sampai cecah 200km/h. tapi dia tak berani drive kete lebih 120km/h.. apesal?
6. adam cuma pernah kena saman 3 kali seumur hidupnya. tu pun 2 kali dlm uitm, sekali saman MBSA sebab memancing kat tasik larangan.
7. adam tak suke balik rumah sebab takut rindukan kengkawan. bila dia balik, dia tanak balik shah alam sebab takut rindukan keluarga. mana sepatutnya adam tinggal?
8. adam suka beli DVD dan download movie.. tapi tak pernah pun dia layan kesemua movie yang ada atas rak tersebut.
9. adam suke main game komputer. sambung PC ke tv flat screen 55", pastu main sepuas-puas hati. hahaha...
10. adam bosan dengan budak-budak kat facebook yang menjadikan web ni sebagai platform diorang "makan daging" sesama sendiri..
11. adam selalu menasihatkan orang lain supaya tidak berkawan dengan budak2 law, sedangkan dia sendiri ialah law student. apakah ertinya semua itew?
12. adam berbakat menghasilkan poem, lagu, dan short stories secara spontan. tak pecaye? try me!!
13. bila adam minat kat minah jiwang, dia layan lagu jiwang, bila minah R&B, dia layan R&B, bila takde minat kat sapa2, dia layan blue... hahaha!!
14. adam dulu merupakan seorang hacker. kalau setakat email ke, akaun friendster ke, kacang tanah je semua tu. tapi tu dulu la. sekarang adam dah baik.
15. adam pernah addicted gile dengan game darkthrone.
16. adam benci dengan orang yang takde life, lepas tu menjadikan hidup orang lain sebagai bahan hiburan. mind your own business, will you???
17. ada orang kata adam tak friendly. adam bukan sombong, dia cuma sedikit pemalu. lebih-lebih lagi dengan gadis. sumpah tak tipu!
18. adam akan minum teh o ais limau setiap kali melepak kat mana-mana. tak kiralah kedai mamak ke, mahupun hotel 5 bintang kalau time abah dia datang KL.
19. adam seorang yang tak pandai berjimat, tapi adam tak pernah membazir.
20. last skali, adam ada test untuk International Law II esok pagi, tapi dia buang masa menulis benda ni.. bangang kan dia kan?? kan??
1 comment:
adam mmg xpndai bejimat..membazir d praktikan kepada mkn aje...rokok haram!hhuhuh
Post a Comment