TEKANAN!!! argh... hari ni sangat bosan, aku memulakan hidup sebagai seorang "penganggur" selama beberapa hari. Cuti semester, aku balik rumah baru kat Alor Setar. Apa yang membuatkan aku tekanan? takde internet!! mungkin sebab dah lama takde orang nak main internet kat rumah, line dah kena potong. Kena la aku tunggu beberapa hari sebelum line masuk balik.. BOSAN!!.. apa yang bosan? Kereta masih lagi di bengkel, nak kena repair jugak sebab lama tak pakai, enjin pun dah tak boleh nak hidupkan. Esok lusa aku dah start practical kat High Court Alor Setar. Sekurang-kurangnya nak jugak aku habiskan "cuti" aku yang ada dua tiga hari je ni dengan aktiviti2 menarik..
RUGI.. apa yang rugi? Aku nak sangat join Kharisma (sukan antara cawangan-cawangan UiTM) main basketball. Tapi nak buat camne, disebabkan practical ni, macam-macam aku kena tinggal. Hari tu kawan aku offer jadi manager team basketball tu, kalau nak diikutkan, memang la aku nak sangat, sebab aku memang minat kerja2 camtu. Tak dapat main pun, tapi kalau jadi manager, dapat jugak join team tu pegi sukan Kharisma... Nak buat macam mana, insyaallah semester depan aku mungkin free sikit, so boleh la kot aku nak join diorang.. Paling jauh pernah aku capai dengan team UitM cuma silver medal. at least sebelum grad, teringin jugak aku nak pegang Emas. hehehe..
pada masa yang sama, aku tertanya-tanya. TENTANG APA? tentang hubungan aku dengan seorang kawan yang agak rapuh beberapa hari yang lalu. Cuma sebab kecik je aku rasa, mungkin cuma salah faham yang membuatkan kitorang hampir putus kawan. Aku tak kisah kalau hilang awek, tapi aku tak boleh kehilangan seorang kawan sekalipun.. sebab kawan2 ni lah yang selalu back up kita time kita tengah down, time kita tengah hilang arah, time kita tengah sewel tak tentu pasal... kalau awek, kat mana-mana pun boleh cari beb!.. hurm.. aku pernah post kat facebook, sesungguhnya friendship ni macam Dominoes. memang susah sangat nak buat.. nak kukuhkan. Tapi nak hancurkan, sangat senang! perbezaan Friendship dengan dominoes ni satu je, dominoes memang di"set"kan untuk dihapuskan, tapi persahabatan ni didirikan untuk kekal selama-lamanya.. kan?
Blog ni aku rasa makin lama makin bosan, dah tak banyak komen menghancurkan kaum hawa, dah tak banyak cerita-cerita panas yang menyakitkan hati wanita.. tunggulah lagi sehari dua, aku kembali dengan isu-isu panas yang mampu membuatkan mana-mana makhluk yang tak berhalkum rasa cam nak bagi aku makan sup kaki.. hahaha!! menjengkelkan?? sudah pasti.. kalau tak, takde la orang bagi aku nama "budak keji"!! ... roger and out!
No comments:
Post a Comment